AngelMafeya
23 dan 24 Mei 2009 aku lalui dengan sabar. Dua hari tu aku dok umah saje dengan hanya menonton DVD sebagai aktiviti aku. Eh jap.. ada gak kemas-kemas umah, vakum carpet, kemas bilik, basuh bilik air, basuh baju dan yang paling tak biasa aku lakukan; masak..!! Hahaha... Aku masak? Kalau bonda tau, mesti bonda wat sujud syukur.. Ngeh ngeh..

Banyak dvd yang aku tengok. Jap.. aku try listkan; My Bestfriend's Girl, Friends With Money, Ocean 13 (ni aku da tengok dulu), Taken (kelmarin je aku tgk 3 kali.. best giler), Confession of a Shopaholic, Failure to Launch... Banyak jugak ek? Ngeh ngeh.. Tu la yang aku tengok time weekend. Bosan giler nak bagi weekend ni berlalu, takde aktiviti menarik. Kalau dulu, weekend la yang aku tunggu-tunggu (dulu la time ada bopren.. sekarang ni aku pun tatau ada bopren ke tak.. huhu...)

Hari Sabtu, bonda call. Bonda kata, aku dapat surat jemputan kawen; 6 hb Jun. Wah.. ramai betui kawan aku nak kawen. Aku doakan kalian bahagia and kekal hingga ke syurga. Sebut pasal kawen, ex-bopren aku time skolah dulu yang baru kawen awal bulan Mei dulu terus hilang kisah. Hepi giler la tuh. Ritu aku tengok gambar-gambar wedding derang kat fs. Wahhh.. you guys look so hepi. I'm hepi for you both.. Really.. Sincere from the bottom of my heart. Friend, you must take care of her kay.. Untuk Hatta and Sam, congrates again.. :D

Hari ni aku cuba siapkan modul yang dah tertangguh lama. Huhu.. Harap-harap modul tu siap; dengan syarat emosi aku tak terganggu.. Ngee.. Kayla.. Cau..
0 Responses

Post a Comment