AngelMafeya
Salam..

8 Mei 2009 jam 8.15 malam, aku telah dihantar oleh housemate aku ke Naza Boutique Hotel, JB untuk menghadiri satu majlis annual dinner Kelab Sains Komputer kolej aku. Aku ulang taip, aku dihantar oleh housemate aku.. Huhu.. Harapan tinggal harapan. Takpelah.. aku bukannya tak boleh hidup tanpa dia. Dah lama pun aku bersendirian. Dan tak mustahil untuk aku terus bersendirian. Maybe aku akan lebih hepi..

Tak perlu bercerita tentang LELAKI dalam blog kali ni. Menyampah.. LELAKI tetap LELAKI, dengan sikapnya yang ego dan mementingkan diri. Ergh... Berbalik pada annual dinner tu. Walaupun bilangan ahlinya tak ramai, tapi sume student aku mmg vogue malam tuh. Yang tak pernah makeup pun, dah pandai pakai bulu mata palsu.. Hehe.. Tapi, ada gak yang mementingkan natural beauty (takde secalit lipstik pun di bibir). Aku? Hehe.. Aku cam biase.. Maintain cool.. Malam tu kan malam student aku.. so, aku sekadar dtg untuk memeriahkan majlis. Ops.. Lupa nk betau. Tema malam tu, PROM QUEEN + MASK. Tapi, sekor pun aku x nampak yang pakai Mask.. Ngee.. Objektif tak tercapai.. Ikikikkk... (tulah.. wat lagi tema pelik-pelik..)

Gambar-gambar annual dinner aku upload kat frienster. Hehe.. Jangan kutuk aku aaa... Aku biase je.. As I said, aku datang cuma untuk memeriahkan majlis. Meh aku citer apa yang berlaku time dinner tuh. First-first nama aku dah dipanggil untuk memberi ucapan (wakil pensyarah). What the tuuutttttt... Budak-budak aku ni mmg nak kena. Aku mana tau nk bg ucapan apa.. Akibatnya, hehe.. abih berterabur sume kosa kata. Tapi, cam biase.. Aku maintain cool. Ngee.. Senyum je.. Sebab aku tau, senyuman aku mmg menawan.. Kahkahkah..

Then, ada cabutan nombor bertuah. Nombor aku 110. Dan aku jadi org yang kedua, dipanggil pengerusi majlis untuk menerima cabutan bertuah. Dapatlah biskut.. Hehe.. Okla tu dari tak dapat pape.. Tak lama pastu, nama aku dipanggil lagi untuk mencabut nombor pulak sekaligus menyampaikan hadiah pada yang bertuah. Dah 3 kali dah aku bangun dari kerusi.. Femes tol aku malam tuh.. Wakakaka...

Kali keempat, aku dipedajal lagi oleh student aku. Kena karaoke.. Erghh... Susah gak kan kalo jadi lecturer sporting nih. Asek kena maintain cool jerk.. Len kali, jadik garang n poyo sket. Baru student tak suka.. Kihkih.. Bule ke? Emm.. pk jap. Time kena panggil karaoke tuh, cam biase, aku tetap maintain cool.. Nasib korang la kalo mimpi ngeri malam tuh sbb sore aku mmg ampeh. Aku nyanyi lagu 'Mencintaimu' by Krisdayanti. Kehkeh..

Dalam kol 12.00, majlis tamat. Banyak sangat sesi bergambar. Sampai da tak larat nk posing. Student aku sorang-sorang request nk bergambo ngan aku. Oklah tu. Aku no hal. Sempena minggu exam nih, aku doakan kalian sukses dan segala ilmu yang aku curahkan mendapat keberkatan Ilahi. Insyaallah.. Tak lupa juga, aku doakan kalian tenang menjawab exam. Amin..
0 Responses

Post a Comment