AngelMafeya
Cerita pagi ni aku mulakan dengan apa yang berlaku semalam, kelmarin dan sepanjang minggu ni. Minggu ni minggu yang agak mencabar bagi aku. Mencabar mental dan fizikal. Sepanjang minggu hingga semalam, kepala aku rasa sengal. Drive pun cam tak fokus. Dah berapa kali baby aku nak tercium keta depan. Huhu.. Macam tak nampak derang brek. Huhu.. Hari tu lagi la giler, aku da rasa cam nak jadik sardin, kena himpit ngan dua biji bas. Sib bek aku leh elak lagi. Kalo tak, bertambah penghuni HSA.. Uwaaa.. Mintak dijauhkan.

Satu malam, aku muhasabah diri. Mencari apa salahku, mencari apa punca berlaku semua ini dan aku mohon pada-Nya untuk diberi ilham bagi aku menyelesaikan segala kekusutan fikiran ni. Pagi esoknya, Allah makbulkan doaku. Aku diberi idea untuk menjelaskan segala yang kabur, menghuraikan segala yang kusut. Alhamdulillah..

Aku terus memulakan 'mission' ku setelah mengenalpasti apa punca tekanan emosi yang aku hadapi - aku rindu dia..!!! Huhu.. tu je puncanya. So, aku mulakan dengan step pertama, tulis surat. Macam gaya retro ek siap main tulis-tulis surat lagi.. Tapi, bukan tulis pun sebenarnya, taip surat... Hehe.. Then, step kedua, aku tentukan lokasi dia. Setakat ni, semua berjalan lancar. Step ketiga menyusul, hantar surat tu by hand; but not my hand. Ngeee.. Aku mintak tolong housemate aku hantarkan. Tengkiu beb, jasamu ku kenang.

Surat yang diberi tu mengandungi kata dua yang perlu dia tentukan. Aku nak dia yang wat keputusan sebab aku dah penat menanti. Sori eh.., i have to do this. Kata dua nya, datang jumpa aku andai dia serius dan tak perlu jengok muka kalo hanya untuk suka-suka. So, aku menanti detik itu dengan penuh debaran. Naluri ku mengatakan yang dia tak akan datang berdasarkan sikap dia akhir-akhir ni. Tapi, apa yang aku harapkan, dia akan datang jumpa aku.

Dipendekkan cerita, aku sampai di tempat yang aku janjikan dah lewat setengah jam sebab ada urusan lain yang di luar capaian akal fikiran aku. Tengok-tengok, kereta dia dah ada. Dia dah tunggu aku dulu.. Bagai nak luruh jantung. Sebab apa yang berlaku diluar jangkaan aku.. Tengkiu.. tengkiu so much.. Dan malam tadi kitorang berbicara panjang, meluahkan isi hati masing-masing tentang apa yang telah berlaku dan merancang apa yang mungkin akan berlaku. Kalian doakanlah yang terbaik.

Aku dan dia cuma merancang tapi Allah yang tentukan.. He's a good man. Tapi, andai dia bukan yang terbaik untukku, aku redha. Dalam hati ni, cuma ada dia. Dan bukan cara aku untuk mencari orang lain sebab cuma ada satu tempat kosong je dalam ni.. Doakan kami ye.. ;)
2 Responses
  1. lawanya template kak...=)
    anyway..good luck in ur life..take care always..
    t dtg tw mjls org..sayang akak..mmuahhh...


  2. sentiasa doa..
    sume tu sy dh komen..
    ngee...wish u all the best sis

    *semat layout neh*


Post a Comment