AngelMafeya
Adoyy.. Beratnye kepala. Tapi, aku keje gak. Alhamdulillah, movie untuk farewell boss da siap. Lega rasa. Lepas tolak-tolak mana yang patut, cut-cut mana yg perlu, adalah 15 minutes show. Jenuh jugak tu. Naik juling bijik mata nk tengok.

Tekak sakit, hidung selsema, kepala pening. Adakah ini tanda2 H1N1? Huhu.. Tidakkk... Rasa nk cuti je.. Huhu... Selsema ni yang tak tahan. Bikin badan lesu. Ditambah pulak ngan kecewa berchenta. Lagi la haru. Huhu.. Hehe..
AngelMafeya
Lama betul rasanye aku x menulis. Sangat bz dengan tugasan pejabat yang diamanahkan. Tak cukup tangan rasanye. Maklum, last day aku kat sini ari Jumaat ni. Kalo ada harapan sambung, alhamdulillah. Tapi, kalo xde aku redha, maybe bukan rezeki aku kat sini. Walau apapun, jauh di sudut hati, memang aku harap dapat stay. But, manusia merancang kan?

Sekarang ni aku mmg bz giler wat video utk farewell my boss. Hehe.. Nampak cam senang, tapi rumit sebenarnya. Banyak bahan nak disediakan. Nasib baik ada kawan-kawan tolong. Tengs to u guys. U are most appreciate. Ngee..

Sejak dari kelmarin aku rasa x sedap badan. Rasa demam, selsema and sangat letih. Kalo la ada org nk urut badan aku ni, kan best.. Letih fizikal, bole lagi aku tahan. Tapi bile mental aku turut menderita, tu yang aku tak tahan. Terus demam.. Sakit oo penangan mental nih. Tak tertanggung rasa dek badan. Siyes, aku x sihat ni banyak faktor. Bukan sebab letih di opis, tapi lebih kepada deraan emosi yang tidak terkawal.

Jun lalu, bezday aku. Ada dapat satu hadiah dari kamu. Sangat bahagia rasanye bila hadiah itu kamu serahkan dengan ikhlas. Julai menjelma. Sayangnye, hadiah itu kamu tarik balek tanpa relaku. Dahlah aku memang dapat satu je hadiah tahun ni, kena tarik balek pulak.. Sadis sungguh nasib aku. Haha.. Kesian, kan?

Saat ni, xde sape pun tahu aku sedang bersedih. Sedih sebab segalanye berlaku dengan sangat pantas. Sedih sebab aku 'kehilangan' kamu. Walauapapun, aku cuba juga utk senyum sebab senyum itu penawar kedukaan. Dan aku cuba sibukkan diri aku dengan tugasan pejabat. Aku selalu menanti kehadiran kamu. Aku selalu berdoa untuk aku dan kamu. Dalam doaku, andai kamu bukan yang terbaik utkku, jauhkan aku dan dirimu. Tapi, keadaan selalu berlaku sebaliknya. Makin aku doa utk berjauhan denganmu, makin dekat kamu padaku. Aku konpius dengan apa yang Allah cuba tunjukkan. Tapi, aku sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Kawan-kawan, doakan aku tabah menempuh kekecewaan ini lagi. Doakan semua yang terbaik untukku. Semoga ada sinar cinta yang ikhlas suatu hari nanti. Moga esok kan ku temui sinaran cinta suci...


AngelMafeya
Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu
AngelMafeya
Adoyyai.. feeling not right inside my heart. Everything mixed together. Pening kepala memikirkannya. Bole botak lama-lama sok nih. Ngee.. Bonda.. nak balek kg!!! Xmo dok jauh ngan bonda. Nak selalu bonda ada depan mata.... Sebab bonda je yang paham diriku.. Sejahat-jahat aku pun, bonda x pernah membenci. Tak macam masyarakat hipokrit di luar ni, yang aku hadapi setiap hari....

Bonda.. rindu bonda sangat. Next week nak balik jumpa bonda. Dah berhari-hari bonda call, tanye bile nak balik.. Nanti la bonda. Next week Insyaalah balik... Nanti kite sembang panjang ok bonda.

Eh jap. Bonda ni asek soh balek je ni, ada makna ka? Jangan bonda saje wat surprise sudah la.. Huhu
AngelMafeya

Bila pertemuan bertukar menjadi perpisahan, hati yang girang menjadi sayu. Bila detik itu semakin menghampiri, maka menitislah air mata syahdu. Bila tangisan mengiringi perpisahan itulah tandanya hati kasih dan sayang. Bila kau melambai tanganmu pada ku, ku sambut kembali dengan lambaian lalu hati terdetik dan berkata, Semoga kitakan bertemu lagi. Dan bila ku rindu padamu, ku ingati semula detik dan kenangan kita melayari perhubungan ini maka terukirlah kembali senyuman di bibirku.


Senyuman yang sentiasa terukir di wajahmu itu adalah tulus dan ikhlas. Senyuman yang terukir itu akan sentiasa aku ingati. Senyuman itu sentiasa mendekatkan aku denganmu. Senyuman itulah yang sering aku ingini pada setiap pertemuan kita. Senyuman itu juga sering membuatkan aku merindui dirimu. Dan disebalik senyuman itu ku berdoa semoga perhubungan kita akan sentiasa berkekalan.


Ku lewati jalan ini sekali lagi. Ku ingati semula detik ketika kita melaluinya bersama suatu ketika dulu. Ku rindukan saat ketika kita bersama melayari perhubungan yang suci ini. Ku iringkan doaku buatmu agar kau sentiasa dilindungi Ilahi. Dan ku bawa kenangan itu pergi bersama ku agar ianya tetap terpahat abadi didalam hatiku.

Hanya senyuman dapat ku ukirkan. Mesranya tatkala dua wajah bersatu. Dalam persimpangan dua pertemuan. Kau dan aku. Hanya renungan membicarakan rasa hati. Dan hanya renunganku merenung kau pergi. Sukar dimengertikan. Aku masih menantikan kepulanganmu di sisiku satu hari nanti. Aku sayang padamu.


Sayang, setiap pertemuan pasti wujud perpisahan tapi apakah setiap perpisahan itu akan wujud semula sebuah pertemuan?

AngelMafeya

Pernahkah...

Saat kita memerlukan seseorang

Ada yang datang menghampiri seraya tersenyum?


Pernahkah...

Saat kita terjatuh dalam jurang kecemasan

Ada yang datang menghampiri seraya mengulurkan tangan?


Pernahkah...

Saat kita menangis

Ada yang datang sambil menyeka airmata di pipi kita?


Pernahkah...

Saat kita tertawa

Ada yang datang sambil membawakan lawak yang lucu?


Pernahkah...

Saat kita sedih

Ada yang datang dan sesegera memeluk diri kita dengan hangat?


Pernahkah...

Saat kita gembira

Ada yang datang dan ikut merasakan kesenangan kita?


Jika kita tidak pernah merasakan hal itu

Cubalah untuk menjadi orang yang pertama tersenyum

Orang yang pertama menghulurkan tangan

Orang yang pertama mengusap airmata

Orang yang pertama melawak

Orang yang pertama memberikan pelukan hangat

Orang yang pertama merasakan perasaan senang


Kerana

Orang pertama inilah yang akan menjadi sangat bererti


p/s: aku rindu kamu

AngelMafeya
15 Julai 2009.. hadir dengan 1000 kepayahan untuk aku lalui. Hinanya aku pada kamu. Murahnya nilai kasih sayang yang aku pertaruhkan.. Kamu berubah tanpa aku ketahui puncanya. Aku sendiri lagi..

Aku, insan yang tak layak mengecap bahagia. Baru ingin tersenyum gembira, perpisahan yang kamu pinta. Apa salah aku? Apa silap aku? Kenapa ini berlaku?

Hati diruntun pilu.. Sayu yang maha hebat. Bentuklah kembali rasa sayang ini.. Kite dah dewasa. Bawa berbincang andai aku yang tak tahu menilai kamu.. Beri ruang pada hati kita kerana aku tahu, kasih sayangmu masih kukuh untuk ku..

Aku KECEWA lagi...
AngelMafeya
Aku baru balik dari bertugas (ewah.. macam gerak khas pulak). Ngeh ngeh.. Malam ni rasa sedey la. Rasa kosong. Rasa macam hari ini tak lengkap. Rasa tak sedap hati. Rasa kurang sesuatu. Rasa seribu satu macam rasa dalam jiwa ni..

Aku rasa kamu lain hari ini. Tak banyak yang kite bicarakan, berbanding semalam. Semalam adalah hari yang penuh rasa bahagia buat kita. Tapi hari ini? Kenapa hambar? Sehari suntuk aku tak mendengar gelak tawa kamu. Sehari suntuk aku tidak melihat senyuman di wajah kamu. Sehari suntuk aku tidak bertemu kamu!!! Huhu.. Aku kehilangan kamu..

Akan wujudkah perpisahan antara kita? Aku tak sanggup hadapi sekali perpisahan itu andai ia berlaku. Aku tak nak. Izinkan aku selamanya dihatimu. Izinkan aku selamanya disisimu. Izinkan aku selamanya dijiwamu. Kamu harus kuat untuk berjuang ke arah itu. Kamu mesti tabah untuk menjemputku biar apa pun yang akan kita lalui. Usahalah sehabis daya. Ikhtiarlah dengan diiringi doa.

Aku tak mahu perpisahan terjadi. Tak dapat aku bayangkan andai aku kehilangan kamu. Akan kecewa lah hidup aku sekali lagi. Tapi, aku bukan punya kuasa apa-apa untuk melawan takdir-Nya. Hidup perlu diteruskan walau segetir manapun ujian, walau dengan linangan air mata darah sekalipun.

Tuhan, permudahkan segala urusan kami. Kekalkan kami hingga ke syurga ciptaan-Mu. Tabahkan hati kami dengan segala ujian-Mu. Iringi kami dengan rahmat dan nur-Mu. Berikan kami kekuatan untuk hidup bersama.

Sesungguhnya, aku memang ikhlas dengan kamu. Ikhlas menerima seadanya kamu. Ikhlas berkongsi suka duka bersama kamu. Aku harap kamu juga begitu. Selitkan sepotong doa untuk kita di akhir sujudmu.
AngelMafeya
Isu isu isu.. balik balik isu.. naik muak aku dengan pemikiran masyarakat kite nih.. (kat tempat aku keje). Tak boleh tengok orang lebih sikit, lebih-lebih lagi staf baru cam aku. Come on la.. rezeki masing-masing kan? Itu Tuhan janji. Kalo rezeki korang ada, aku tak pernah usik pun. Eeeee.. geram aku.

Isu 1: Org HQ dtg kolej, cek punch kad. Kad aku da hmpir sebulan xde punch sebabnye, aku ditugaskan di HQ. Tengok dr ayat pun, dah mcm sengal kan? Org HQ dtg, marah2 sbb kad aku tak punch sbb aku bertugas di HQ. Haha.. aku pun pening. Nampak sangat pengurusan failed depa nih. Mana la aku nak punch kalo aku x dtg kolej sbb gi keje kat HQ. Huhu.. Itu pun nak jadikkan isu. Bukan salah aku. Aku cuma menurut perintah.

Isu 2: Org HQ cek punch kad aku kat HQ takde gak. Sbbnye, hari yang depa cek tu, aku handle kursus 2 hari (kirenya aku out station la). Bile aku dah ada kursus luar kawasan, camne la aku nak punch kad. Sengal kali kedua.. Itupun aku jugak ke yang salah? Adehla..

Isu 3: Kelas pengukuhan untuk student baru kat kolej, katanye banyak yang aku tak attend. Apa ke sengal? Aku ada bukti beb, yang aku attend sume slot yang aku handle. Kecuali hari ini (14 Julai 2009) sebab aku sekali lagi dipanggil bertugas luar kawasan. Tapi, aku pendidik yang hebat dan perancang yang bagus. Sume handout aku dah serahkan pada student dan aku dah berjaya mencari pengganti slot aku. Student perlu ikut sume handout yang aku beri dan pengganti aku cuma perlu pastikan student aku tak main kejar2 dalam kelas. Haha..

Isu 4: Draft outline course yang bos aku beri, beliau nak tengok hari ini. Tapi, apakan daya aku cuma mengikut perintah dari pihak atasan yang mengeluarkan arahan bertugas di luar kawasan selama 3 hari berturut-turut. So, aku tak masuk opis hingga 3 hari tersebut. Bos da marah. Apa daya aku? Aku cuma mengikut arahan. Huhu... Susah betul kalo kite ni banyak komitmen. Maklum, aku kan pekerja yang komited. So, sume org senang bekerja ngan aku. Hehe.. Kecuali malaun-malaun yang jeles kat aku tak tentu pasal tuh. Waduh waduh..

Macam mana aku bule tau isu-isu ni timbul kat kolej? Ada sorang kawan betau. Aku heran tol la.. Jangan ingat korang da lama keje, korang tu perfek. Tak caya? Meh, soh pegawai terlibat pantau korang keje, belum tentu lulus beb.. Harap mulut je hebat, tapi keje cam ampeh. Tak guna jugak. Elok la low profile cam aku nih.. Ngeh ngeh..

Kayla.. aku nak bersiap untuk menjalankan amanah yang diberi. Lepas magrib kawan aku mai dtg amek. So, got to go.. Malam ni kalo sempat, aku update lagi..
AngelMafeya
Selagi hidup, selagi itu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui. Satu persatu halangan yang datang, mengganggu perjalanan ku untuk terus mencapai apa yang aku citakan. Tak kisahlah apa pun ujian yang perlu dilalui, satu yang aku pasti, semua itu mampu mematangkan aku. Menambahkan warna dalam kehidupanku walaupun kadang-kadang warna tu taklah secerah mana ataupun lebih zalim lagi, warna tu warna hitam pekat. Huhu..

Aku cuba hadapi segala ujian dengan setabah dan sebaik mungkin. Untuk lari dari kenyataan, jauh sekali. Aku perlu hadapi selagi mampu. Walaupun terpaksa merangkak, aku yakin aku boleh laluinya. Pelan-pelan mengayuh katanya.

Tapi, kenapa? Saat ujian itu datang, kamu biarkan aku sendiri. Kamu diam seribu bahasa. Kamu tinggalkan aku tertanya; apakah silap aku? Dimana kecuaian aku? Apa yang telah aku lakukan? Sangat tak adil kamu lakukan aku begini. Tak boleh ke kalau kita saling membantu memberi kekuatan antara satu sama lain? Ini tidak.. Aku hilang arah. Kamu terus-terusan menyepi.

Betapa hancur luluhnya hati dengan apa yang kamu lakukan. Aku tidak langsung memikirkan tentang kesilapan yang berlaku, tapi aku lebih memikirkan tentang kamu yang tiba-tiba menjauhkan diri dari ku. Siapa sebenarnya aku padamu? Dimana kamu yang aku kenali dulu? Mengapa perlu berubah sekelip mata?

Saatku mulai terjatuh, bukankah kamu perlu datang menyelamatkanku? Dimana kamu? Kemana kamu? Tak perlu lagikah aku dalam hidup kamu? Perlukah aku pergi dari hidup kamu? Menyusahkankah aku ini? *sigh*