AngelMafeya
Ari ni datang opis cam biase. Sampai opis, aku terus tengok papan kenyataan, nama senarai peserta ke induksi dah ditampal. Cek punye cek, tengok nama aku takde.. Yesss!!!! Bestnye.. baru la rasa semangat nak bercuti weekend nih. Yey yey!!!

Kol 10.00 am ada meeting course aku, nak wat kurikulum baru, diploma baru. Cett.. Diploma multimedia??? Sah sah aku yg kena ajo byk subjek. Aku dulu budak multimedia, so tidak syak lagi.. Uwaaa... Empat subjek aku kena wat silibus. Ceh.. Amek kesempatan tol.. Tengah-tengah meeting tu, aku dapat call. HQ call dan menanyakan saiz t-shirt aku. Saiz t-shirt? Nak watpe? Rupa-rupanye, nama aku tercicir drpd peserta yang kena p induksi!!!! Whattt???? So, aku mmg kena pegi la nih? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Takde selera nak makan bile terkenang induksi. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Nak nanges je rasa... Uwaaaaaaaaaaa... Emakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!

Pengalaman korang berkursus induksi? Meh la share ngan aku.. Dengar citer ada flying fox?? Hukhuk... Tak suka!! Gayat!!!!!
AngelMafeya
Untuk kamu..

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu
Dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Menyintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku disini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

AngelMafeya
Jam dah pukul 4.30 petang.. Baru aku perasan, aku lom sarapan pun. Perot tak lapar. Tak rasa nak makan pun. Agaknye da kenyang minum air mata. Huhu.. Sampai sekarang air mata ni x henti-henti keluar. Uwaaa... bile nak habis???

Tak guna mengungkap sayang andai hati ini kau lukakan. Tak guna melimpah madu andai secalit hempedu kau berikan. Kejam kan? Masa ketawa, bersama. Masa menangis, aku sendiri. Masa nilah aku harapkan kawan-kawan datang membantu. Bagi kata-kata semangat dan bukan umpat keji yang menikam.

Aku tertarik nak buka semula inbox tepon aku. Tengok balek msg2 yg dia bg.. Banyak ungkapan 'sayang awak..' yang tertulis. Sayang ke kalau wat mcm ni? Sayang ke kalo sanggup biar air mata ni kuar tanpa henti? Sayang ke kalau biar aku sendiri?

Hingga saat terakhir, aku dah buktikan betapa aku sayagkan dia. Bukankah kalau kite sayangkan org yg kite sayang, kite sanggup buat apa saja termasuklah lepaskan dia pergi andai itu yang dia mahu.. Nah! Aku dah buktikan. Pergilah.. Aku tak halang. Dan aku tak harap dia pulang..

Aku tak pernah membenci dan takkan membenci pun sebab dia pernah bahagiakan aku walaupun hanya untuk sekelip mata..

AngelMafeya
Hujan lebat plak pagi ni (30 Mei 2009), sama lebat cam air mata aku yg kuar. Pagi-pagi lagi da nanges, mana tidak, aku sendiri lagi. Aku dan dia hanya kawan biase (seperti yang dia pinta). Ok fine.. Aku takkan merayu dan aku takkan memohon. Andai itu yang dia mahu, aku redha.

Terlalu banyak persoalan yang timbul. Kenapa perlu menabur janji andai untuk dimungkiri? Kenapa perlu memberi harapan andai untuk dihancurkan? Kenapa perlu mula andai untuk diakhirkan? Kenapa perlu memberi andai untuk dilupakan? Adakah cinta dan sayang akan hadir sendiri tanpa perlu usaha? Cukupkah hanya dengan memohon pada-Nya tanpa disusuli dengan cubaan dan ikhtiar? Hmm.. aku tak paham. Kali ni aku gagal lagi. Entah bape kali aku nak gagal, aku pun tak tahu..

Kenapa aku ditemukan dengan ramai lelaki-lelaki durjana yang hanya hadir untuk menyusahkan dan meninggalkan kesan luka dalam hati ni? Tak ada ke lelaki charming diluar sana yang tahu hargai hati seorang wanita dn sudi mendekati diriku? Jahatkah aku hingga selalu sangat kecundang begini?

Tuhan, sekali lagi aku pasrah dengan ketentuan-Mu. Memang pahit, tapi ku telan juga. Memang perit, tapi ku gagahi juga untuk melangkah. Dulu, dia hadir dan dia mengajar aku berlari. Tapi sekarang? Perlahan-lahan aku bangun semula, cuba untuk bertatih.Bukan mudah untuk aku ubati luka yang berdarah kembali.

Ikut perancangan, hari ni aku nak balek kampung. Nak jumpa bonda. Rindu bonda. Tapi, bile ini berlaku tak mungkin aku nak jumpa bonda dalam keadaan macam ni. Aku taknak bonda berduka tengok aku. Biar aku je yang menangis takpe, janji bukan bonda. Tak elok untuk kesihatan bonda.

Tak adil.. Dia tiap-tiap ari jumpa mak dia sebab dia dok ngan family. Aku nak jumpa sesekali pun payah. Jadi pulak hal macam ni, langsung tak jadik balik. Next week je la.. Aku amek cuti panjang.

Ya Allah, tabahkan hatiku dengan ujian-Mu. Berikan aku kekuatan dan kesabaran. Kurniakan aku ketenangan dan kedamaian..
AngelMafeya
Hmmm... pagi ni sesi meluahkan perasaan terbuku dalam dada nih. Huhu.. Dah bape hari dok tahan. Hangin je rasa.. Semalam tengahari, aku makan cekodok pisang je. Maklum, student da cuti, kafe tak bukak. Koperasi xde jual nasi berlauk. So, aku makan cekodok je la..

Balik dari keje, aku tak gi makan sebab nak tunggu dia ajak aku kuar. Dia cakap ari Rabu ritu, nak kuar ngan aku semalam. So, semalam pun aku tunggu la.. Tapi ampeh. Tunggu punya tunggu, serupa cam tunggu bulan jatuh ke riba. Dia x muncul-muncul dan sekali lagi, aku kena kelentong. Haha.. cian aku nih. So, aku pun tak makan. Malas.. tetiba rasa kenyang. Housemate aku punye la risau, siap belikan makanan dan minuman utk aku. Tapi, aku xmo makan. Selera takde.

Kalau macam ni la gayanya, baik takyah datang jumpe aku 13 hb Mei ritu. Baik takyah tunjuk muka pun. Kan? Hehe.. Tapi takpelah, dari kejadian malam tadi wat aku sedar. Tak perlu bagi kasih pada orang yang tak tahu hargai. Baek la aku kasihkan anak-anak kucing kat umah aku tu, si Mayo and Okid. :D

Let past be past and let bygone be bygone. Im so tired for all this. 29 Mei 2009 menjanjikan aku yang baru. Aku nak wat apa saja yang leh wat aku hepi and aku nak abaikan sesapa atau apa saja yang wat aku sakit ati. Pekakkan telinga tentang apa orang nak kata. Hidup aku, aku yang tentukan. Cara tak? Ngeh ngeh.

Jap lagi aku nak pi satu tempat yang aku harap aku leh join derang keje. Aku nak sangat keje kat situ sebab orang-orang kat sana wat aku sangat hepi. Hehe.. Encik.. bile ni nak amek saya jd PA? Keh keh..
AngelMafeya
Yey yey yey.. Yey yey yey yey.. Akhirnye.. modul aku siap jugak.. Haha.. Walaupun ari ni aku ngantok giler sbb malam td tdo lambat. Tdo kol 2 tuh.. Dok melepak kat mekdi smpai pagi.. :D aku habiskan jugak wat modul.. Cuma lom final tacap je lagi.. Syukur syukur.. Rasa lega.. hehe.. Rasa cam nk pi ngulor je sekarang... Keh keh.. alasan tak agak...

Lepas ni, da takde keje lagi nk wat. Mesti makin borink datang opis time student cuti nih.. Hmmm.. Tapi, seb bek aku ada berokben, leh surf tenet. Time cuti cenggini, kolej aku off kan tenet. Huhu.. Pastu, soh staff dtg keje.. Apa nk wat? Makan, tdo n men gem.. Kadang2 ada gak yg tgk movie.. Hehe..

Adeh.. lapo.. jom makan.. :D
AngelMafeya
Pagi ni sampai ke opis, aku terus amek borang cuti. Nak amek cuti lama sket. Nak tenangkan fikiran aku yang dah mula kusut masai nih walaupun aku sebenarnya tak duduk kat Masai pun. Huhu.. Tengah-tengah isi form, aku pun jeling kalender untuk tetapkan tarikh aku nak cuti. Jeling punya jeling, dah nak masuk bulan Jun rupanye. Kejap je 2009 ni dah abis setengah tahun. Masa berlalu pantas.

Jap lagi dalam kol 10.00, kolej nak bantuan aku untuk jadi panel pada student praktikal tentang multimedia. Hehe.. Siap la nanti bebudak tu aku komen sekor-sekor. Kehkeh. Bile lagi nak wat mcm lecturer aku hentam aku time aku present Final Year Project. Sib bek dapat A.. Thanks doc!!

Hari ni aku nak sambung wat modul. Tarikh untuk submit makin dekat. Takpe, sikit je lagi siaplah tu. Bukan susah pun. Hehe.. Dah memang keja aku minat, banyak camne pun, letih camne pun aku menten cool jerk.. Keh keh..
AngelMafeya
Perpisahan selepas pertemuan itu lumrah. Tapi, sejauh mana akan wujud pertemuan setelah berlaku perpisahan? Hanya Allah yang tentukan semua. Oleh sebab itu, kita kena mohon pada-Nya agar pertemuan demi pertemuan menyusul walaupun kita telah berpisah jauh dalam satu tempoh masa yang lama. Tapi, dah tentu itu untuk orang-orang yang kita sayangi dan harapkan untuk wujudnya pertemuan. Bagaimana kalau orang tu orang yang kita tak suka, benci, menyampah? Dah tentu kite xnak jumpa dia lagi kan? Tapi kan, selalu yang kite tak nak jumpa tu lah yang selalu kite jumpa balek.. Huhu..

Tentang perpisahan yang sengaja dirancang macam mana pulak? Contoh: perceraian dalam ikatan pernikahan. Tegarkah suami memutuskan ikatan pernikahan itu? Redhakah isteri menggalas title yang menjadi igauan ngeri kaum hawa? Bersediakan keluarga menerima cemuhan dari masyarakat keliling? Hmm.. hanya pasangan itu saja yang tahu buruk baiknya perpisahan. Biarkan apa masyarakat akan berkata. Abaikan segala jelingan dan sindiran sinis orang lain. Hidup kita, kita yang tentukan berpegangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Andai itu yang terbaik untuk kita, maka semua pihak kena redha. Yakinlah, andai Allah tak beri kita yang baik, maka akan ada yang lebih baik untuk kita di kemudian hari asalkan kita sentiasa redha dan sabar.

Jangan bermuram durja dengan segala kesusahan dan keperihan yang kita lalui. Pasti ada yang nasibnya lebih buruk dari kita. Sekurang-kurangnya, syukurlah bahawa kita masih lagi boleh membaca blog yang yang aku sisipkan ni. Syukurlah bahawa kita masih lagi boleh menghirup udara segar setiap kali bangun dari tidur. Syukurlah juga bahawa kita masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan amal yang telah kita tangguhkan semalam. Hargailah setiap detik yang kita lalui hari ni kerana detik ini takkan berulang lagi walaupun untuk 1000 tahun lagi. Hargai setiap denyutan nadi yang kita ada kerana andai ia terhenti, segala keindahan dunia tidak mungkin lagi kita nikmati. Yang penting, hargai diri kita sendiri kerana takkan ada orang lain yang boleh hargai diri ini kecuali kita sendiri. Lakukan apa saja yang boleh menggembirakan kita asalkan ia tidak melanggar larangan-Nya. Tanggapan orang? Itu nombor dua oke.. Hehe..
AngelMafeya
23 dan 24 Mei 2009 aku lalui dengan sabar. Dua hari tu aku dok umah saje dengan hanya menonton DVD sebagai aktiviti aku. Eh jap.. ada gak kemas-kemas umah, vakum carpet, kemas bilik, basuh bilik air, basuh baju dan yang paling tak biasa aku lakukan; masak..!! Hahaha... Aku masak? Kalau bonda tau, mesti bonda wat sujud syukur.. Ngeh ngeh..

Banyak dvd yang aku tengok. Jap.. aku try listkan; My Bestfriend's Girl, Friends With Money, Ocean 13 (ni aku da tengok dulu), Taken (kelmarin je aku tgk 3 kali.. best giler), Confession of a Shopaholic, Failure to Launch... Banyak jugak ek? Ngeh ngeh.. Tu la yang aku tengok time weekend. Bosan giler nak bagi weekend ni berlalu, takde aktiviti menarik. Kalau dulu, weekend la yang aku tunggu-tunggu (dulu la time ada bopren.. sekarang ni aku pun tatau ada bopren ke tak.. huhu...)

Hari Sabtu, bonda call. Bonda kata, aku dapat surat jemputan kawen; 6 hb Jun. Wah.. ramai betui kawan aku nak kawen. Aku doakan kalian bahagia and kekal hingga ke syurga. Sebut pasal kawen, ex-bopren aku time skolah dulu yang baru kawen awal bulan Mei dulu terus hilang kisah. Hepi giler la tuh. Ritu aku tengok gambar-gambar wedding derang kat fs. Wahhh.. you guys look so hepi. I'm hepi for you both.. Really.. Sincere from the bottom of my heart. Friend, you must take care of her kay.. Untuk Hatta and Sam, congrates again.. :D

Hari ni aku cuba siapkan modul yang dah tertangguh lama. Huhu.. Harap-harap modul tu siap; dengan syarat emosi aku tak terganggu.. Ngee.. Kayla.. Cau..
AngelMafeya
Adeh.. Jam menunjukkan kol 3.30 pm. Aku baru ada masa nak tulis blog. Huhu.. Hari ni aku whole day bz giler. Dengan org sewa dewan, meeting DDC, tgk student exam, wat call promosi.. Adeh.. Macam-macam. Sampai sekarang aku lom lunch. Tadi bekfes pun pisang je seketui.. huhu..

Aku nak citer pasal malam td... Tengs to you again. Terharu aku dengan apa yg kau lakukan. Aku pun tatau camne dia boleh plak nak anta aku p klinik. Telinga aku sakit. Ada sedikit pendarahan. Dua-dua belah plak tu, tetiba lepas isyak semalam, aku dpt msg dr dia, soh aku siap, dia nak bawak aku p klinik. Adeh.. Mana dia tau nih? Aku pun tatau.. Aku takmo susahkan dia. Kesian dia, dahla penat keje... pastu gi gym. Malam nak anta aku p klinik plak. Kan ke itu menyusahkan? Nyesal plak betau dia telinga aku sakit petang semalam.. Sori awak.. xde niat nk susahkan awak..

Sampai kat klinik, orang bule tahan ramai gak. Aku pun menunggu dengan penuh sabar. Dia dah menguap tanda mengantok. Adeh, bertambah rasa bersalah aku kat dia. Tapi, aku sabar gak tunggu sebab kalo x cek, aku takut melarat. Sekarang ni pun balancing badan aku dah kurang. Selalu pening and dizzy.. Time drive la yang aku risau. Kepala aku mmg tak fokus. Huhu.. Mata pun kadang-kadang blurrrrrrr....

Tak tahu nak cakap how i appreciate wat he did last nite. Huhu.. sangat terharu.. Tengs again awk. Maaf kalo susahkan awk.. (cet.. cam la dia baca blog nih.. wakakakakak)...
AngelMafeya
Huhu.. semalam aku jaga exam.. Mangai penat giler. Nak tercabut kaki aku rasanye.. 2 jam setengah x duduk.. huhu.. selesai jaga exam, aku terus kemas-kemas nak balek. Semalam cuaca panas sungguh. Time tu la kepala aku pening. Sakit beno.. huhu.. Makan panadol sebijik..

Balek keje, aku terus p makan ngn hosmet aku. Time makan tu pun kepala pening. Hukhuk.. Pas makan, aku makan panadol lagi.. Huhu.. Sakit kepala sangat. Nak emak urut.. Windu urutan mak. Sape nk pinjamkan mak dia jap? Hukhuk..

Kat rumah, aku x wat keje apa pun. Modul training yang perlu aku wat pun aku x usik. Tak larat. Kepala ni berdenyut.. sebelah kanan je plak tuh. Rasa sangat tak selesa. Dalam kol 11 lebey, aku makan panadol lagi.. tak lama pastu, terus tdo..

Pagi tadi bangun, kepala masih sakit. Rasa sangat tak larat nak drive sbb pandangan aku goyang. Memang tak fokus. Tapi, disebabkan xde alternatif lain, aku drive gak slow-slow. Takkan la aku nak susahkan dia lagi.. Asek nak tumpang dia g opis je. Malu. Lagipun, lepas keje biasanye dia pegi gym. So, aku taknak ganggu aktiviti rutin dia. So, I have to drive myself to the office. Selawat panjang dalam keta dengan harapan aku selamat sampai ke opis. Huhu.. Sampai je opis, aku kena uruskan dewan. Banyak benda perlu diurus. Adeh..

Pagi ni lepas makan kuih, aku makan panadol lagi. Huhu.. berdenyutnye kepala.. Dahla cuaca panas. Dah banyak dah aku minum air mineral. Tapi, xde kureng pun lagi.. Uwaa... nak emak... Sekarang baru kol 12.00, lama lagi nak balek.. Rasa cam nk rehat je kat umah. Baring, tdo.. mesti baek nanti pening nih.
AngelMafeya
Adeh.. Pagi ni bangun lutut rasa ketat gak. Uwaa.. Nak bengkok xleh, nk tegak pun xleh.. Hukhuk.. kena minum anlene nih, bg tulang sihat dan kuat. Haha.. Rini datang opis lagi 2 minit kol 8. Hehe.. Bangun lambat daaa... Malam td layan DVD sampai kol 2.00am..

Ptg ni kena susun meja coz dewan ada orang nak sewa sok. Pergh.. perpeluh-peluh makcik. Lutut injured pun ku teruskan jua berjuang mengemas dewan. Haha.. Yang kemas dewan cuma 5 orang. Yang len ampeh.. huhu.. Wakakakakaaka.. 2 dewan tu beb nk kena kemas. Dalam keinjuredan aku tetap mengemas. Cayalah... aku memang power..

Selesai mengemas, aku tgk suar yang aku pakai tu, masyaAllah.. Kotor giler. Cam balek menoreh. Haha.. tgn plak lengoh2.. Huhu.. Tolong urut meh.. Ngee.. Perot lapo.. Tgk jam, da kol 4.30.. x sempat nk makan nih. Balek keje je la makan.. Hukhuk.. Lapooo..

Kayla.. Malas nak taip lg. Sok la aku sambung. Harap-harap ada citer menarik yang aku boleh kongsikan.. Bubai...
AngelMafeya
Cerita pagi ni aku mulakan dengan apa yang berlaku semalam, kelmarin dan sepanjang minggu ni. Minggu ni minggu yang agak mencabar bagi aku. Mencabar mental dan fizikal. Sepanjang minggu hingga semalam, kepala aku rasa sengal. Drive pun cam tak fokus. Dah berapa kali baby aku nak tercium keta depan. Huhu.. Macam tak nampak derang brek. Huhu.. Hari tu lagi la giler, aku da rasa cam nak jadik sardin, kena himpit ngan dua biji bas. Sib bek aku leh elak lagi. Kalo tak, bertambah penghuni HSA.. Uwaaa.. Mintak dijauhkan.

Satu malam, aku muhasabah diri. Mencari apa salahku, mencari apa punca berlaku semua ini dan aku mohon pada-Nya untuk diberi ilham bagi aku menyelesaikan segala kekusutan fikiran ni. Pagi esoknya, Allah makbulkan doaku. Aku diberi idea untuk menjelaskan segala yang kabur, menghuraikan segala yang kusut. Alhamdulillah..

Aku terus memulakan 'mission' ku setelah mengenalpasti apa punca tekanan emosi yang aku hadapi - aku rindu dia..!!! Huhu.. tu je puncanya. So, aku mulakan dengan step pertama, tulis surat. Macam gaya retro ek siap main tulis-tulis surat lagi.. Tapi, bukan tulis pun sebenarnya, taip surat... Hehe.. Then, step kedua, aku tentukan lokasi dia. Setakat ni, semua berjalan lancar. Step ketiga menyusul, hantar surat tu by hand; but not my hand. Ngeee.. Aku mintak tolong housemate aku hantarkan. Tengkiu beb, jasamu ku kenang.

Surat yang diberi tu mengandungi kata dua yang perlu dia tentukan. Aku nak dia yang wat keputusan sebab aku dah penat menanti. Sori eh.., i have to do this. Kata dua nya, datang jumpa aku andai dia serius dan tak perlu jengok muka kalo hanya untuk suka-suka. So, aku menanti detik itu dengan penuh debaran. Naluri ku mengatakan yang dia tak akan datang berdasarkan sikap dia akhir-akhir ni. Tapi, apa yang aku harapkan, dia akan datang jumpa aku.

Dipendekkan cerita, aku sampai di tempat yang aku janjikan dah lewat setengah jam sebab ada urusan lain yang di luar capaian akal fikiran aku. Tengok-tengok, kereta dia dah ada. Dia dah tunggu aku dulu.. Bagai nak luruh jantung. Sebab apa yang berlaku diluar jangkaan aku.. Tengkiu.. tengkiu so much.. Dan malam tadi kitorang berbicara panjang, meluahkan isi hati masing-masing tentang apa yang telah berlaku dan merancang apa yang mungkin akan berlaku. Kalian doakanlah yang terbaik.

Aku dan dia cuma merancang tapi Allah yang tentukan.. He's a good man. Tapi, andai dia bukan yang terbaik untukku, aku redha. Dalam hati ni, cuma ada dia. Dan bukan cara aku untuk mencari orang lain sebab cuma ada satu tempat kosong je dalam ni.. Doakan kami ye.. ;)
AngelMafeya
Jam pukul 4.16 ptg, 12 Mei 2009. Letih.. Hari ni aku wat apa ek kat opis.. Emm, jadik s/u; reply surat. Jadik receptionist, jawab call dari En. Rahim. Jadik penyanyi (nyanyi sendiri je la.. hiburkan hati). Ngeh ngeh.. Hari ni gak aku update skin blog aku. Cantek kan? Hehe..

Camni la.. pasal apa yg berlaku ni, aku akan pandang dr sudut sepositif mungkin. Dengarnye mungkin cam bodoh, tp pada aku setiap manusia itu unik dan x sama. So, mungkin dari berpandangan positif camni, leh wat aku hepi. Tapi, walau apapun, aku tahu semua pasti ada hikmah.

Student aku mula final 20 hb Mei ni. Korang doakan la derang lulus. Kalo x, sok aku yang kena menjawab dgn KE. Huhu.. xmo.. Kepala aku pening sket petang ni. Agaknye, dari pagi tadi x henti2 surf tenet. :D

Ala.. mengantok plak. Bab ni yg aku malas ni. Kenapa la xmo ngantok awl2 td. Ni da nak balek, br nk ngantok. Bukan apa, nanti nk drive. Aku kalo drive time ngantok, aku rasa mabuk. Ngee.. Alamak!! TKE nak jumpe aku skrg.. Adeh.. Lupa da janji semalam. Okla.. gtg geng.. Salam..
AngelMafeya
1. Never say I love you if you really don't care
2. Never talk about feeling if they aren't really there
3. Never hold hand if you are going to break the heart

Renung-renungkan.. Selamat beramal.. Ngee..
AngelMafeya
Hari ni aku xde mood nk keje. Even, xde mood pun nk wat pape. Fikiran terganggu, hilang semua fokus untuk bangunkan modul utk training. Hasilnya, aku berpoya-poya surf tenet sambil chatting ngan sesapa saja yg nk chat ngan aku, tdk lagi pilih bulu cam slalu. Harapan aku, biarlah hari ni berlalu dengan cepat dan lancar dan segalanya baik utk aku.

Aku kurang pasti, apa sebenarnya yang mengganggu emosiku. Aku manusia.. secekal-cekal aku, setabah-tabah aku, kadang-kadang terkucil jugak. Tapi, bibir sentiasa mengukir senyum sbb kalian pun tahu that I'm a good actress as always. Takde sape yang tahu apa yang ada dalam jiwa ni kecuali aku sendiri.

Adeh.. airmata mula bergenang. Dada terasa sempit. Apa dah jadi ngan aku sebenarnya? Apa yang sangat mengganggu kehidupanku akhir2 ini? Siapa punca sebenar? Atau, apa punca sebenar? Ya Allah.. berikan aku petunjuk.. Saat ni, rasa cam nak balek kg. Nak pelok mak, nak menangis depan mak, nak mengadu kat mak, nak merintih kat bahu mak.. Semua dengan mak, sebab mak takkan pernah sekalipun sakiti jiwaku seperti yang org lain lakukan; orang yang tatau nak hargai segala pengorbanan aku, segala susah payah aku, segala kesulitan aku.. Ergh.. bukan nak mengungkit, tapi fikirlah sejenak. Aku harapkan pengertianmu..

Kehidupan dalam dunia sangat singkat. Entah esok entah lusa, kita akan dijemput pulang.
Kenapa kita tatau nak hargai masa yang bersisa ini? Salahkan andai kite buat org lain rasa bahagia dan selesa ngan kita? Kenapa perlu membisu begini; meninggalkan seribu pertanyaan yang entah bila akan ada jawabnya.

Ya Allah, sujud aku pada-Mu.. menampakkan betapa kerdilnya aku di alam ciptaan-Mu. Limpahkan nur dan hidayah-Mu padaku agar aku hanya mengejar cinta-Mu untuk mendapat sedikit nikmat cinta insan lain padaku.. Amin..
AngelMafeya
Penah dengar lagu nih? By Ratu.. Best.. Menjadi siulan aku lately.. Sedey beb..

Kutatap dua bola matamu
Tersirat apa yang kan terjadi
Kau ingin pergi dariku
Meninggalkan semua kenangan
Menutup lembaran cerita
Oh sayangku aku tak mau

Kutahu semua akan berakhir
Tapi ku tak rela lepaskanmu
Kau tanya mengapa aku
Tak ingin pergi darimu
Dan mulutku diam membisu

Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu
Jangan tanyakan mengapa
Karena ku tak tahu

Aku pun tak ingin bila kau pergi tinggalkan aku
Masihkah ada hasratmu
Tuk mencintaiku lagi

Apakah yang harus aku lakukan
Tuk menarik perhatianmu lagi
Walaupun harus menghiba
Agar kau tetap di sini
Lihat aku duhai sayangku
AngelMafeya
Salam..

8 Mei 2009 jam 8.15 malam, aku telah dihantar oleh housemate aku ke Naza Boutique Hotel, JB untuk menghadiri satu majlis annual dinner Kelab Sains Komputer kolej aku. Aku ulang taip, aku dihantar oleh housemate aku.. Huhu.. Harapan tinggal harapan. Takpelah.. aku bukannya tak boleh hidup tanpa dia. Dah lama pun aku bersendirian. Dan tak mustahil untuk aku terus bersendirian. Maybe aku akan lebih hepi..

Tak perlu bercerita tentang LELAKI dalam blog kali ni. Menyampah.. LELAKI tetap LELAKI, dengan sikapnya yang ego dan mementingkan diri. Ergh... Berbalik pada annual dinner tu. Walaupun bilangan ahlinya tak ramai, tapi sume student aku mmg vogue malam tuh. Yang tak pernah makeup pun, dah pandai pakai bulu mata palsu.. Hehe.. Tapi, ada gak yang mementingkan natural beauty (takde secalit lipstik pun di bibir). Aku? Hehe.. Aku cam biase.. Maintain cool.. Malam tu kan malam student aku.. so, aku sekadar dtg untuk memeriahkan majlis. Ops.. Lupa nk betau. Tema malam tu, PROM QUEEN + MASK. Tapi, sekor pun aku x nampak yang pakai Mask.. Ngee.. Objektif tak tercapai.. Ikikikkk... (tulah.. wat lagi tema pelik-pelik..)

Gambar-gambar annual dinner aku upload kat frienster. Hehe.. Jangan kutuk aku aaa... Aku biase je.. As I said, aku datang cuma untuk memeriahkan majlis. Meh aku citer apa yang berlaku time dinner tuh. First-first nama aku dah dipanggil untuk memberi ucapan (wakil pensyarah). What the tuuutttttt... Budak-budak aku ni mmg nak kena. Aku mana tau nk bg ucapan apa.. Akibatnya, hehe.. abih berterabur sume kosa kata. Tapi, cam biase.. Aku maintain cool. Ngee.. Senyum je.. Sebab aku tau, senyuman aku mmg menawan.. Kahkahkah..

Then, ada cabutan nombor bertuah. Nombor aku 110. Dan aku jadi org yang kedua, dipanggil pengerusi majlis untuk menerima cabutan bertuah. Dapatlah biskut.. Hehe.. Okla tu dari tak dapat pape.. Tak lama pastu, nama aku dipanggil lagi untuk mencabut nombor pulak sekaligus menyampaikan hadiah pada yang bertuah. Dah 3 kali dah aku bangun dari kerusi.. Femes tol aku malam tuh.. Wakakaka...

Kali keempat, aku dipedajal lagi oleh student aku. Kena karaoke.. Erghh... Susah gak kan kalo jadi lecturer sporting nih. Asek kena maintain cool jerk.. Len kali, jadik garang n poyo sket. Baru student tak suka.. Kihkih.. Bule ke? Emm.. pk jap. Time kena panggil karaoke tuh, cam biase, aku tetap maintain cool.. Nasib korang la kalo mimpi ngeri malam tuh sbb sore aku mmg ampeh. Aku nyanyi lagu 'Mencintaimu' by Krisdayanti. Kehkeh..

Dalam kol 12.00, majlis tamat. Banyak sangat sesi bergambar. Sampai da tak larat nk posing. Student aku sorang-sorang request nk bergambo ngan aku. Oklah tu. Aku no hal. Sempena minggu exam nih, aku doakan kalian sukses dan segala ilmu yang aku curahkan mendapat keberkatan Ilahi. Insyaallah.. Tak lupa juga, aku doakan kalian tenang menjawab exam. Amin..
AngelMafeya
Hehe.. tgk tajuk je, mesti korang dah tau.. Hakhak.. Rini ada gotong royong kat kolej aku.. Tapi, aku x join sgt sbb aku ada kelas kol 11.00... cian student aku.. da nk final dah.. silibus x abis lagi.. Takpe, aku cuba sehabis baek..

Esok malam, bdk2 aku ada wat annual dinner. Huhu.. sape nk anto aku p hotel tuh? Hukhuk.. cian aku.. Nak dia anta.. Tapi, x sure leh ke x. Dia x sihat.. Alahai.. mudah2an, Allah makbulkan, nak dia anto... Anto je pun xpe la.. Balik aku soh hosmet aku amek.. Uwaaaa....

Bile nak kol 11.00 nih? X sabo nk kuarkan ilmu yg aku da masukkan dlm kepala hotak aku niih start semalam.. Da berat giler otak aku nih.. Da jadik otak2 da.. Hukhuk.. Pluss.. aku nk ngelak dr gotong royong.. Penat arrr.. :D

Oklah.. Aku sambung nanti2 bile free.. nk take a nap jap.. Ngantok..
AngelMafeya
Adeh.. tatau nak citer kat sape aku punye hepi ari nih.. Orang yang aku nanti2 akhirnya call aku jugak.. Uwaaa... rindu giler dengar sore dia.. Nak tgk muka apatah lagi.. Giler rindu.. Huhu.. Thanks for calling dear.. Kih kih..

Banyak citer nak citer kat dia. Tapi, kesian dgr sore dia yang tak sihat tuh. Takpe, i'll be right beside you. Anything, juz let me know k. Takmo hilang cam ritu lagi. Kalo hilang lagi, aku x agak2 nak p repot polis.. Ngeh ngeh..

Aku menghitung hari je nih, bile dapat jumpa ngan dia lagi. Masuk hari ni, dah 11 hari tak jumpa. Uwaaa... Missed you so much..

Emm.. harap-harap dia dpt anta aku Jumaat malam nih.. Nak sgt dia yang anto.. Huhu.. Okla.. korang tolong doakan yang terbaik untuk aku oke.. Hehe..

Ps: Kalaulah dia baca blog aku ni kan best.. Hukhuk...
AngelMafeya
Hehe.. Aku menulis lagi. Kali ni aku nk citer pasal keje aku yang semakin mencabar. Start 4 Mei 2009 sampai 9 Mei 2009, student-student aku dah memasuki minggu study.. Tapi, ada satu kelas ni silibus x abis lagi. So, nak x nak kena gak wat kelas extra during study week nih. Cian student aku.. Tapi, cian lagi kat aku.. kengkawan sume da goyang kaki da abis kelas, aku sorang je yg turun naik tangga g kelas.. Ni kalo student aku x score jugak ni xtau la.. huhu..

4 Mei 2009, aku ada 1st meeting ngan satu department nih. Enjoy giler meeting tuh. Kena plak mmg meeting nk handle kursus yang aku minat. Dalam kepala hotak nih, da stanby je apa nk ajo. Hehe.. teringat time jadik trainer BPPT dulu.. Adeh.. rindu kat cikgu-cikgu yang da aku trainkan..

Bile ek aku secara officially leh join department nih? Siang malam x henti doa. Kalo mmg dah ada rezeki aku, mmg akan jadik gak milik aku samada cepat atau lambat.. Harap-harap aku sentiasa sabar. Hehe..

Okla.. tu je untuk masa nih.. Len kali aku citer lg..