AngelMafeya
Perpisahan selepas pertemuan itu lumrah. Tapi, sejauh mana akan wujud pertemuan setelah berlaku perpisahan? Hanya Allah yang tentukan semua. Oleh sebab itu, kita kena mohon pada-Nya agar pertemuan demi pertemuan menyusul walaupun kita telah berpisah jauh dalam satu tempoh masa yang lama. Tapi, dah tentu itu untuk orang-orang yang kita sayangi dan harapkan untuk wujudnya pertemuan. Bagaimana kalau orang tu orang yang kita tak suka, benci, menyampah? Dah tentu kite xnak jumpa dia lagi kan? Tapi kan, selalu yang kite tak nak jumpa tu lah yang selalu kite jumpa balek.. Huhu..

Tentang perpisahan yang sengaja dirancang macam mana pulak? Contoh: perceraian dalam ikatan pernikahan. Tegarkah suami memutuskan ikatan pernikahan itu? Redhakah isteri menggalas title yang menjadi igauan ngeri kaum hawa? Bersediakan keluarga menerima cemuhan dari masyarakat keliling? Hmm.. hanya pasangan itu saja yang tahu buruk baiknya perpisahan. Biarkan apa masyarakat akan berkata. Abaikan segala jelingan dan sindiran sinis orang lain. Hidup kita, kita yang tentukan berpegangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Andai itu yang terbaik untuk kita, maka semua pihak kena redha. Yakinlah, andai Allah tak beri kita yang baik, maka akan ada yang lebih baik untuk kita di kemudian hari asalkan kita sentiasa redha dan sabar.

Jangan bermuram durja dengan segala kesusahan dan keperihan yang kita lalui. Pasti ada yang nasibnya lebih buruk dari kita. Sekurang-kurangnya, syukurlah bahawa kita masih lagi boleh membaca blog yang yang aku sisipkan ni. Syukurlah bahawa kita masih lagi boleh menghirup udara segar setiap kali bangun dari tidur. Syukurlah juga bahawa kita masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan amal yang telah kita tangguhkan semalam. Hargailah setiap detik yang kita lalui hari ni kerana detik ini takkan berulang lagi walaupun untuk 1000 tahun lagi. Hargai setiap denyutan nadi yang kita ada kerana andai ia terhenti, segala keindahan dunia tidak mungkin lagi kita nikmati. Yang penting, hargai diri kita sendiri kerana takkan ada orang lain yang boleh hargai diri ini kecuali kita sendiri. Lakukan apa saja yang boleh menggembirakan kita asalkan ia tidak melanggar larangan-Nya. Tanggapan orang? Itu nombor dua oke.. Hehe..
0 Responses

Post a Comment