AngelMafeya
Slalu Mengalah - Seventeen

Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini

Pertengkaran yang terjadi
Seperti semua salahku

Chorus:
Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernah kah kau berpikir
Sedikit tentang hatiku

Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku
Masih bisa bersamamu
AngelMafeya
Bukan intan yang aku minta.. Bukan juga harta yang menggunung banyaknya. Pun aku x pernah impikan berkepit 24 jam ngan kau. Tak pernah walau sekali aku halang segala impian dan tugas-tugas harian kau. Apa yang aku harapkan, hanya kejujuran. Andai tiada kejujuran, untuk apa kite teruskan? (haha.. ntah dah bermula atau belum pada kau sbnrnye...)

Selama ni, aku je yg perasan lebih. Aku je yg bersungguh ambil berat pasal kau. Sedangkan kau? Tak pernah terfikir pun tentang kerisauan aku.. Bermula Selasa, kemudian Rabu dan diikuti Khamis, baru aku dpt dengar suara kau. Dan kau begitu bersahaja mengatur ayat palsu itu. Kau ingat aku tak tau? Mcm2 usaha aku dah buat. Banyak pihak aku dah call, termasuklah beberapa hospital yang berdekatan dengan lokasi terakhir kau.. Tapi, x pernah kau hargai kan? Dan aku yakin, kau tak tahu pun sebenarnya yang kerisauan aku hingga tahap itu. Sume kau anggap enteng..

Dahla.. aku dah malas.. Hati ni terlalu kecewa dengan tingkah kau. Terlalu. Untuk sementara waktu ni, masih belum ada maaf untuk kau. Doalah agar suatu masa, aku akan maafkan kau..
AngelMafeya
Biar.. kali ni aku plak nk jadik org kejam. Malas aku nak pk2 lagi.. Watpe nk teruskan hubungan dengan org yang x reti appreciate kite? Buang masa.. Nampak hanya aku yang bersungguh.. Tapi, org tatau hargai.. Dahla.. teruskan dengan kehidupan kau dan aku teruskan kehidupan aku. Aku takkan cari kau lagi dan aku harap kau pun tak perlu carik aku. Buatlah apa saja yang kau mahu.. dan aku harap kau bahagia giler dengan apa yang telah kau lakukan.. Bagus kan? Dah nama pun lelaki.. sume sama.. (sori.. emo sket.. sakit ati beb..)

Aku minta maaf andai aku mengganggu ruangan hidupmu.. Dan terima kasih sebab tinggalkan kesan luka dalam hati ni.. What you give, you'll get back.. Remember that..
AngelMafeya
Ahad ni dok umah je, wat soklan exam student aku. Huhu.. Keje cam orang giler. Orang giler pun keje x cam aku. Haha... Busan kan? Tapi, have to la sbb dah arahan.. Xleh nak lawan.. Ye ke? Ye la kot sbb ada org betau aku camtu..

Hari ni sedey jugak, sama cam malam td. Rasa mcm diri ni tak dihargai. Even, entah dia sedar ke tak aku ni wujud. Wakakaka... (gelak kaber..) Pagi ni tahu yang dia dah on the way ke satu tempat sebab ada urusan kerja. Aku bukan halang dia nk pi keje. At least, betau la awal. Susah sgt ke nak send satu sms menyatakan yang dia ada urusan? Susah sgt ke nak tinggal cara hidup lama dan berubah ke cara hidup baru yang boleh menyenangkan hati orang lain? Susah sangat? Aku punyala beriya risau kat dia, tapi dia x hargai pun. Kang kalo cakap lebih2 kata 'benda dah berlalu.., tak perlu bising2..'. Come on la, benda dah berlalu pun kena bawak bincang jugak apa yg tak puas ati agar tak berlaku lagi lain kali. Ni sebab x bincang la, asek berlaku benda yang sama. Uwaaa... Tiap2 ari nak makan hati.. Huhu..

Dahla.. hati dah luka. Nak wat camne lagi. Aku penat beralah dan mengalah. Penat pujuk hati sendiri. Penat untuk jadi orang yang sentiasa memahami. Penat nak jadi org slumber. Penat nak teka apa yang ada dalam hati org. Penat nak terus menunggu sesuatu yang tak pasti...

Tuhan.. tunjukkan aku jalan. Berikan aku kekuatan untuk terus berjaya dalam hidup... Amin..
???
AngelMafeya
Huhu.. Aku demam. Kepala lalok sebab makan ubat. Hari tu, ada orang antakan p klinik. Thank you sebab susah2 utk aku walaupun dia sendiri sebenarnya pun kurang sihat. Hari ni, Sabtu, ada kelas ganti kat kolej. Sekali lagi, aku terpaksa susahkan dia untuk hantar aku ke kolej. Huhu.. Aku xleh drive, kepala lalok. Maaf sebab susahkan kau (walaupun dia x baca blog aku nih). Hukhuk..

Boringnye, hari cuti pun kena study gak. Haila.. bile la nak jadik bos nih? Takyah lg nk kena baca buku untuk wat kelas. Uwaa.... Bile penderitaan ini akan berakhir. Hikhik.. (camla terseksa beno..)

Malam ni aku sedey. Sedey sebab teringat kisah dulu, saat-saat bahagia dulu. Entah bile aku nak rasa bahagia lagi kan? Bahagia yang aku harapkan seolah-olah lambat lagi nak muncul. Belum lagi ada orang mampu berikan kebahagiaan untukku. Ergh... Sebab tu aku cuba sibuk-sibukkan diri aku dengan kerja. Kalau dapat kerja yang selalu outstation pun sangat bagus. Huhu.. Dapat lupakan kesunyiaan seketika. Kihkih..

Try untuk senyum n ketawa malam ni, tapi x boleh. Hati rasa sayu. Huhu... Bagi mesej kat dia, selalu sgt tak berbalas. Call apatah lagi. Hmmm.. aku konpius. Konpius apa sebenarnya hubungan kami... Konpius sejauh mana sebenarnya hubungan ini... Respon dingin dari dia buat aku sangat rendah diri. Buat aku sedar siapa sebenarnya aku. Tak perlu harap kasihnya Yusuf andai diri tak seindah Zulaikha.. Tak perlu menanti hadirnya Ibrahim jika jiwa tak sesuci Hajar. Huhu.. Siapalah aku ini untuk memintal buih yang memutih menjadi permaidani seperti mana yang tertulis dalam novel cinta.. *sigh*

Andai Tuhan hanya pinjamkan kebahagiaan yang lalu untukku, aku terpaksa akur. Aku tak mungkin dapat paksa sesapa untuk menerima aku dan mengasihi aku. Biarlah.. Aku tak harapkan apa-apa. (adeh.. rasa cam nak nangis plak).. huhu...

Okla.. xde apa lg nk taip. Rasa sedih tahap maksima nih. Kompom mata bengkak malam ni.. Uwaaaaa...
AngelMafeya
Last week, kolej wat majlis penutup Minggu Penghayatan Islam kat Pusat Islam, JB. Aku jadi urusetia yang x bape setia. Keh keh.. (jgn betau bos aku).. Pastu, aku dapat satu call dr satu pihak ni. Dia nak minta khidmat nasihat aku tentang modul pengajaran yang dia nk submit. Cam kelako.. Sape la aku untuk semak modul pengajaran tu? Aku bukan otai..

Disebabkan org yg call tu pun line-line bos aku, so aku kena gak p jumpa walaupun kejap. Sib bek modul yang memang aku tau. Kalo soh wat modul memasak, kompom failed. Ngeh ngeh.. Bincang punye bincang, sembang punye sembang, timbullah satu idea utk aku mohon keje ngan dia.. Haha.. Saje, test market.. Sekali tu, mcm ok je utk dpt masuk sana. Wah.. peluang baek. Aku mmg minat keje2 camni.. Mudah-mudahan murah rezeki Allah bagi kat aku.. Rasa sgt tak sabar nk tggu offer letter.

Kalian sume doakanlah yang terbaik untuk aku. Katanye, bulan 5 nanti ada aktiviti ke Penang. Wah.. kalo rezeki aku lagi murah, leh aku join.. Bestnye.. Tapi, bile ek? Tunggu je la.. Org nk offer, xleh nk paksa. Ikut la depa nak bg bile.. Jangan lambat2 sgt aaa.. Seksa oo menanti lama. Penantian kan suatu penyiksaan. Huhu..

Rini aku masih demam. Kepala dizzy semacam. Camne la nak wat kelas nih. Huhu.. Aku nak habiskan silibus je nih. Abis je silibus, aku da bule meronggeng.. Wakakaka...

p/s: untuk enchek-enchek terlibat, tolonglah cptkan permohonan saya nih.. uwaaaa....
AngelMafeya

Kelmarin

Kasih tercipta, jujur mencintaimu

Sejuta nafas cinta untukmu sayang

Bagaikan sakti, dua hati menjadi satu

Cintamu mekar dihati sesuci kelopak mawar

Biarlah semua tentang kita dan aku ada kerana kau ada.


Tak ku duga, gerimis mengundang

Lamunan terhenti kau dan aku hilang dalam terang

Dipersimpangan delima kau pergi jua

Janji tinggal janji hanya nyanyian dalam sepi

Mengapa perpisahan yang kau pinta?


Andai ku tahu cinta ini membunuhku, izinku pergi demi aku, dia dan kamu

Demi waktu, pastikan tiada lagi ceritera cinta antara kau dan aku

Aku bukan pilihan hatimu seperti yang dulu

Aku bukan untukmu.


Mungkin nanti mentari muncul lagi

Sampai bila aku tak pasti

Pasrah, menghitung hari menunggumu cinta sejati

Kuimpikan bintang kejora, menadah impian saat bahagia

Atas nama cinta dengarkanlah gurindam jiwa

Bila terasa rindu ku ingin selalu disampingmu

Hadirlah kekasih ku merindu, ucapkanlah akulah kekasihmu.


Perwira

Hanya kau yang mampu menjaga hati

Bila rasaku ini rasamu, tetaplah kau jadi milikku

Hanya ingin kau tahu, kau kesayanganku!!


ps: soklan-berapa tajuk lagu yang aku guna? ngeh ngeh..

AngelMafeya
Huhu.. Ari ni aku demam n batuk. Rasa cam nak tercabut tekak aku nih.. Uwaaa.. Badan pun panas. Tapi, tetap g keje gak. Silibus x habis lagi.. Student da nak final.. Uwaa... Terpaksa aku wat kelas ganti.. Apa nk buat..

Sape yang terrer logik digital? Meh tolong aku ajo student aku nih.. Aku bukan tau pun.. Men blasah jerk.. Sib bek xde ajaran sesat. Kih kih..

Tgh ari ni aku x selera nak makan. Tekak x sedap. Nak pi klinik, tp malas nak drive.. Sape nak anto aku? Meh la antokan.. Uwaaaaa...
AngelMafeya
Salam...
Nukilan ini aku tujukan buat kau. Kau yang mana? Kau lah.. Kau yang mula bertakhta di hatiku. Hehe.. Tapi, adakah aku juga mula bertakhta di hatimu?; hatimu yang sukar untuk aku baca isinya, hatimu yang susah untuk meluahkan apa perasaanmu terhadapku.

Hari berganti hari, minggu bertukar minggu, bulan bertemu bulan, perlukah aku masih menunggu jawapan dari hatimu tentang hubungan kita? Berbaloikah andai aku menantimu? Atau perlukah aku meneruskan pencarian yang entah untuk kali ke berapa? Berikan aku satu jawapan yang pasti tentang hubungan ini. Tidakkah kau ketahui bahawa wanita lebih menghargai lelaki yang berani berbicara terbuka soal cinta daripada diam seribu bahasa?

Soal cinta? Wujudkah cinta dalam hati kita? Andai ada, lafazkanlah kerana aku perlu tahu. Andai tiada, berusahakah kita kearah cinta? Jauh dalam sudut hati ini, aku mula merinduimu, mula menyayangimu dan mula mengasihimu. Walaupun di awal perkenalan kita, semua itu tidak pernah wujud sama sekali. Aku yakin kau juga begitu pada awalnya. Kan? Tapi, tentang cinta, aku tak pasti kerana aku sudah mula lupa tentang nikmat cinta. Aku lupa tentang bagaimana rasanya cinta. Aku lupa tentang manisnya cinta kerana pahitnya ditinggal cinta masih bersisa dalam hati ini.

Telah ku khabarkan pada bonda akan kewujudan dirimu dalam hidupku. Bonda kepingin sekali bertemu dirimu, tapi bagaimana harus aku suarakan hasrat bonda kepadamu kerana aku seorang wanita. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain bersabar menunggu dan aku takkan pernah walau sekalipun untuk memaksamu. Biarlah rasa indah itu hadir tanpa paksaan. Andai benar kau tercipta untukku, aku bersyukur dan akan ku jaga hubungan ini hingga ke syurga. Tetapi, andainya kita ditakdir untuk berasingan, aku redha kerana setiap kejadian Allah pasti ada hikmahnya.

Setiap kali keluar bersama, aku rasa sangat bahagia tapi aku tak luahkan. Aku simpan jauh perasaan itu di dalam hati, khuatir andai hanya aku yang bertepuk sebelah. Setiap kali bila berjauhan, akan ada rasa rindu yang akan menjengah. Tapi, aku simpan jauh juga perasaan itu, khuatir andai hanya aku yang rasa kerinduannya. Hati akan dihimpit risau andai tiada khabar darimu yang ku terima. Tapi, aku tolak jauh dalam hati, khuatir aku hanya mengganggu kiranya aku bertanya khabar tentangmu. Setiap masa, hati ini ingin bersamamu, tapi ku kuncikan keinginan itu, ku pendamkan hasrat itu lantaran kau yang sepi tanpa bahasa. Ketahuilah, aku tak mungkin mampu membaca hatimu.

Siapa tahu kan, mungkin dalam diam, kita dah pun jatuh cinta. Tapi, kenapa kita tak tahu? Sebab kita tak pernah bicara tentang hati dan perasaan kita. Tak pernah walau sekali kau lafazkan kau menyayangiku, mengasihiku dan mungkin cuba untuk mencintaiku. Aku pun begitu, tak pernah terlafaz walau sekali. Yang ada cuma dalam sms; dimana 1001 andaian bole diterbitkan dari sms-sms yang pernah kita terima. Bila difikirkan, rasa sedih juga kadang-kadang. Tapi, takpelah.. mungkin aku perlukan lebih kesabaran untuk menunggu rasa indah itu hadir dalam diri kita. Aku akan menanti persis bintang menanti malam untuk berkerdipan.

Satu harapanku, agar kau sedar akan kehadiranku dalam hidupmu. Luahkan perasaanmu agar aku tidak terus tertanya-tanya siapakah aku padamu..

Wassalam.

p/s: ini hanya nukilan, curahan perasaan.. hehe...
AngelMafeya
Seperti yang aku janjikan kat dalam blog aku kt fs, aku akan update byk perkembangan dan penguncupan aku kat sini. :D Tapi, aku xmo la penguncupan lg, sbb da byk yang menguncup nih.. Aku nk update citer-citer baru aku je..

Alhamdulillah, bahagia untuk aku semakin kelihatan. Aku masih lg mengharap doa kalian. Semoga bahagia yang akan aku kecapi sentiasa menjadi milik aku hingga ke syurga. Selamat tinggal penderitaan dan keperitan.

Hari ni dimulakan dengan satu dua kisah sedih. Menangis tu dah biase untuk aku. Tapi, penghujung hari ni aku hepi sgt.. Terima kasih cinta. Aku ada kerana kau ada... :D