AngelMafeya
Song by ST12. Touching..

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya
AngelMafeya
Ari ni dtg opis penuh bersemangat waja terus berusaha. Maklum, aku kena handle satu kursus TOT dimana kursus ni kursus pertama yang perlu aku handle. So, seawal jam 7.40 pagi (xde la awal sgt sbnrnye) aku da sampai opis. Sampai opis je, aku tgk pintu lom bukak. Cett.. mengganggu emosi aku tol la.. Takpe la, aku tunggu kejap. Dalam 10 min pastu, bos aku sampai. Dia yang bukak pintu opis. Mana org lain pegi? Bos yang kena bukak pintu? Tak logik tol..

Masuk je bilik aku, terus aku nak pasang berokben. Ngee.. Tapi, tatau knp, xleh connect. Cett.. Ampeh tol. Bape juta kali ntah aku try connect, still xleh gak sampai skrg. Ni aku guna line opis. Huhu...

Pastu, tgh surf tenet, dpt msg dr kamu. Kamu betau kamu terperangkap dlm kesesakan jalanraya. Aku sekadar ingin menceriakan suasana. Aku wat lawak. Tapi, mungkin berstatus lawak bodoh pada kamu. Aku tak sengaja. Terus mood aku hilang abih. Kuar umah dgn semangat waja, tak sampai bape minit kat opis, terus mood hilang. Kamu pun lain dengan aku hari ini. Tiada kata-kata semangat seperti selalu. Rasa macam takde sesapa.. Sendiri.

Kejap lagi ada meeting. Ntah apa yg hendak aku sumbangkan dalam meeting nanti tatkala mood cam ampeh nih. Huhu.. Takpelah.., aku cuba atasi. Hilangkan muka yang berkerut seribu, timbulkan muka yang semanis madu. Untuk kamu, maaf.. Aku dah mula rasa takut dengan kamu. Bile rasa takut ni menular dalam diri, sekali lagi maaf. Aku bukan lagi aku.. Aku akan jadi seperti aku tiga tahun lalu..
AngelMafeya
Tengok tajuk, mcm best. Banyak sangat aku nak cerita. Jujur dan setia; dua perkara penting dlm perhubungan. Kalau tak jujur kite akan jadik tak setia. Bila dah tak setia, kasih sayang akan terbahagi. Maka, akan kuranglah peratusan kasih dan sayang yang diperuntukan untuk kita. Jika dulu, sebelum kehadiran yang kedua, 100% sayang tu mmg kite punya, tapi bila hadirnya pihak ketiga 100% sayang tu akan terbahagi dua (jika adil). Kalau dia tidak adil, sayangnye lebih pada pihak ketiga, kite cuma akan dapat dalam 30% sayang dari keseluruhan. Logik kan teori aku?

Semalam, ada kawan mengadu kepadaku tentang curangnya kekasih tercinta lantaran hadir kembali kekasih lama kekasihnya. Tidak adil kan dunia? Kawan aku sikit punye loyal, mengasihi dan menyayangi dengan setulus hati. Tapi, kekasihnya buat perangai, tak cukup dengan yang satu. Kekasih lama tu pun satu hal jugak, kenapa perlu hadir semula dan mengharu birukan keadaan. Maybe, dah nama perempuan desperado.. Kihkih.. Takut tak laku hingga akhir hayatnye, sebab tu mencari semula kekasih lama (bf kawan aku) yang telah lama ditinggalkan. Dasar perempuan desperate.. Kalau aku jumpa, memang tak selamat la dunia.. Lebih ngeri dari virus H1N1. Keh keh..

Nasihat aku pada kawan yang aku sayang tu, tinggal je la pakwe kamu tu. Dia bukan yang terbaik untukmu. Sayang memang la sayang. Tapi, untuk apa sayang org yang tak tahu hargai kasih sayang yang kite beri? Sia-sia.. Buang masa.. Lebih baik undur diri dengan cara bermaruah dari menagih kasih dari yang tak sepatutnya ibarat pengemis jalanan. Bangunlah, dik.. Ramai lagi lelaki budiman di luar sana yang layak bergandingan denganmu. Ingat, lelaki baik utk perempuan baik sepertimu..

Untuk kamu yang aku sayangi, aku harap kamu bukan dari golongan yang aku ceritakan. Tapi, andai timbul rasa muak atau jelakmu pada aku, khabarkanlah.. Aku sedia undur diri demi kebahagiaan kamu. Menyayangi dan mengasihi kamu adalah dengan membahagiakanmu termasuklah dengan perpisahan jika kamu inginkan. Walau apapun, aku berdoa agar kite dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.. Amin..
AngelMafeya
Uwaaa... aku mulakan blog dengan teriakan.. Tak suka hari ini. Cepatlah hari ini berlalu.. Pagi tadi kuar umah kol 7.15 am. Jalan nak g opis jem pulak... Sampai opis, tepat2 pukul 8.00 am. Huhu.. Tu pun setelah aku mencilok sana sini.. Wakakakak..

Sampai opis baru, aku wat silap lagi. Patut repot duty kat bos lain, tapi atas kesengalan aku sendiri, aku repot duty kat org lain. Dah, bos aku kecik ati.. Maap bos, x sengaja. Bukan niat nak derhaka, tapi mmg x sengaja. Adeh..

Rasa tak best nye ari ni.. Nak balek nak balek.. Uwaa... Dahla sedey sbb bonda lupa bezday aku semalam.. Hukhuk.. Tadi pagi baru bonda call.. Bonda.. rindu bonda.. Tadi masa bonda call, bonda nangis sbb adik aku nak balik ke UiTM. Huhu.. Aku pun ikot nangis jugak. Uwaaaaa....

Pendek kata, ari ni mmg hari yang tak best utk aku. Banyak benda berlaku.. Cepatlah hari ini berlalu.. Cepatlah.. Hukhuk.. Setengah jam lagi, aku nak balek ke opis lama. Esok aku dtg balek opis baru. Tua tengah jalan aku lama-lama... Wish me all the best.
AngelMafeya
Erghhhh...!!!! Bencinye rasa!!!! Benci dengan apa yg berlaku!!! Benci dengan suasana kerja yang mcm ampeh!!! Benci dengan staf2 lain!!! Benci dengan sume!!!

Perlukan rehat. Perlu bercuti. Perlu ketenangan. Perlukan suasana baru yang lebih hepi..
AngelMafeya
Terima kasih atas perhatian yang kamu berikan. Sungguh, aku terharu. Terima kasih kerana hadir di saat aku memerlukan. Terima kasih kerana menyelamatkan aku dari terus terjatuh kerana kekecewaan. Aku bersyukur kerana Dia hadirkan kamu dalam hidupku walaupun aku tak tahu sejauh mana adanya 'kita'. Tapi, sungguh aku bersyukur atas kurniaan-Nya.

Kamu, berusahalah sekeras hati untuk mencapai apa yang kamu inginkan. Seperti yang telah aku katakan, kadang-kadang kite perlu bersifat kejam untuk membela diri kita. Kehidupan kita, hanya kita yang rasa pahit getirnya. Bangkitlah.. Aku ada untuk menyokong dan membantu apa yang perlu. Saat kamu perlukan nasihat, aku ada. Saat kamu perlukan pandangan, aku ada. Saat kamu perlukan perhatian, aku juga ada. Usah terus memaksa hati. Fikirkan diri kamu. Fikirkan kehendak kamu kerana hidup hanya sekali.

Andai dunia dan kehidupan tidak bersikap adil pada kamu, hanya kamu yang boleh membelanya. Hanya kamu yang boleh memberi keadilan itu. Jangan risau, percaya dengan yakin apa yang kamu lakukan, pasti ada hikmah yang menanti sepertimana yang telah aku lalui. Kuatkan diri kamu ye. Sesungguhnya, akulah insan paling gembira andai kamu berjaya membela diri kamu kerana aku sayang kamu. Ingat kata ku, your happiness is my priority..
AngelMafeya
Adeh.. Hari ni, 22 Jun 2009 usia aku meningkat lagi. Tua dah.. Seketika aku termenung, memikirkan apa yang telah aku lalui selama waktu ini. Berapa byk amal yang telah aku buat? Berapa kali aku sakitkan hati bonda, bersediakah aku menghadapi kematian yang semakin hampir dr setahun lalu.. Huhu.. Insaf insaf..

Sampai bile harus aku begini sedangkan usia semakin meningkat. Bonda dah mula bersuara tentang mencari pasangan hidup. Adeh.. Lomah den bilo bonda masuk campur. Tapi, belom lagi untuk aku menyahut cabaran bonda. Ada ke bonda bg masa 3 bulan nak carik bopren? Ingat cam nak beli manggis ke? Hehe.. Bonda.. bonda. Bonda lakukan itu pun sebab kasihnye padaku. Takpe la bonda, kalo ada serunya, ada lah tu.. Aku cuma harapkan restu bonda.

Minggu lepas, aku berjumpa seorang kenalan. Takde la lama kenal dia. Kira baru la jugak. Tapi, dah mula mesra. Aku senang bersembang dengannya. Banyak idea dan petua yang diberinya pada aku. Yang paling best, dia suka memberi komen tentang diriku. Katanya, aku tamak. Tamak dalam meraih kasih sayang. Huhu.. Aku tamak? Aku plak tak rasa begitu. Kalo aku tamak, aku takkan lalui kehidupan segetir ini. Kalo aku tamak, aku takkan kecewa begini. Kalo aku tamak, aku dah tak fikir tentang orang lain kerana semuanye untuk aku, untuk kepuasan aku. Disebabkan aku tak tamaklah, aku ditinggal pergi. Huhu.. Kecik ati bile orang kata aku tamak. Tapi, aku tak salahkah dia. Itu pandangan dia pada aku. Aku terima dengan hati terbuka. Pandangan orang lain lain kan?

Dari malam tadi, tepon ni tak henti2 dilanda sms wishing me a happy birthday. Mekasih pada yang menghantar. Mekasih juga pada yang tak sempat hantar. Aku tahu kalian pun bz. Doakan aku sukses dalam hidup aku. Doakan aku berjaya capai apa yang aku impikan. Ada plak yang bertanya tentang birthday present tahun ni. Hehe.. Ntah. Aku cuma perlukan kasih sayang yang ikhlas sebab hidup aku di usia begini mudah rasa sunyi dan kosong. Tapi, kalo ada yang nak bg adiah pun ok je. Bunga bole.. Teddy bear bole.. Lanje mkn bole.. Umah banglo pun bule.. Hehe.. Untuk encik-encik terlibat, jadikan sy join unit encik secara tetap pun merupakan satu adiah jugak.. Ngeh ngeh..

Kayla.. rini ada student intake kat kolej aku. So, aku kena bertugas nih. Emm.. untuk kamu, tengs 4 everything. Love u..
AngelMafeya
18 Jun 2009 jam 12.00 am aku mula menulis blog ini. Rasanya, aku akan mewujudkan kembali sesi luahan hati kat dalam blog aku ni. Itu lebih mudah dari menyuarakan kepada manusia yang pandai bermain kata.

Semalam ada main petanque. Aku pun turun latihan juga, maklum byk lg skill yang lom aku pelajari. Memang betul kata org, kalo emosi terganggu, balingan petanque akan jadi hancur. Itu yang berlaku pada aku. Emosi aku betul-betul terganggu dan sedeynya hingga ke saat ini. Aku bertukar jadi seorang yang sensitif. Entah, mungkin xde yang perasan sbb aku mmg pelakon yang hebat. Bibir mengukir senyum untuk melindung resah dalam hati.

Apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini? Kebahagiaan? Sudah tentu. Ketenangan? Tepat sekali. Kemewahan? Taklah sebab hidup mewah tapi hati sakit watpe. Lebih baik hidup sederhana dengan orang yang menyayangi kite. Tapi, bile ek nak ada orang yang sayang aku? Haha.. Macam hidup di alam fantasi. Harapan setinggi gunung, tapi aku lom capai lagi apa yang aku inginkan.

Pukul 7.45 am, aku da sampai opis. Mood yang kurang elok dari semalam terbawa-bawa sampai ari ni. Tapi, aku tetap kawal gangguan emosi ni. Taknak ada sesapa perasan perang emosi dalam jiwa aku. Huhu...

Saat ni aku rasa seolah-olah aku dipergunakan. Time susah, time sunyi, time sedih, pandai cari aku. Tapi, bile kebahagiaan di depan mata, aku dilupa. Aku ditinggal. Manusia akhir zaman mungkin memang begini la perangainye. Pentingkan diri. Kadang-kadang aku terpk nak je berhijrah. Mulakan hidup baru di tempat lain. Tapi, kesian kat bonda pulak. Apa yang boleh aku buat, bertahan untuk beberapa ketika lagi. Sampai masa, aku akan berhijrah juga.


AngelMafeya
Adeh.. Meeting konvo baru berlalu. Pengagihan AJK telah berlaku. Aku? Aku dilantik jadi juruacara majlis. Aku kalut, majlis pun kalut. Huhu.. Mudah-mudahan aku dipermudahkan segala urusan.

Macam mana ntah nama aku leh naik jadi juruacara. Waduh waduh.. Lagi gawat nih.. Setakat pengalaman kecil-kecilan tu ada la.. Ni sampai nak handle majlis konvo lg nih.. Jangan main-main.. Uwaaaaa... nak emakkkk!!!!!

Aku anggap ni cabaran. Aku pandang dr sudut positif. Aku kan nak jadi manusia yang serba boleh. Hehe.. Majlis konvo pun bulan 8. Ada masa lagi untuk aku prektis. Prektis makes perfek katanye.. Kui kui..
AngelMafeya
Baru selesai meeting. Petang nanti ada meeting lg. Huhu.. ari ni penuh ngan meeting. Byk gak aktiviti kolej ni.. Tak lama lagi, intake Jun akan bermula.. Adalah pembahagian tugas untuk smbut pelajar baru..

Bile cinta dan sayang mula bersyarat, kite akan jadik orang hipokrit.. Kan? Kite akan cuba menjadi orang lain demi memuaskan hati orang lain. Kite bukan lagi kite yang seadanya kite. Tak boleh ke kite cuba belajar untuk menerima dengan ikhlas apa saja yang telah Tuhan ciptakan untuk kita? Memang tak salah menegur untuk kebaikan. Tapi, ada caranye. Memang tak salah untuk meminta seseuatu yang sempurna, tapi sempurna kah kite untuk menjadi penjaga kepada sesuatu yang sempurna itu? Tak perlu meminta Zulaikha jika diri x seindah Yusuf..

Belajarlah untuk terima kekurangan diri.. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan kurniakan untuk kite. Nescaya kite akan menjadi makhluk paling bahagia di muka bumi ini. Bukankah ada itu lebih baik dari tak ada apa2? Betul? Sayu nye hati.. Tuhan je yang tahu.. Kayla.. nk p meeting..
AngelMafeya
Huhu.. 14 Jun 2009 jam 4.35 ptg, aku selamat sampai di HQ, balik dari kursus induksi. Muka ada sikit gelap, maklum, aku join sume aktiviti kat sana kecuali abseiling n tarzan swing. Berkayak, berakit, flying fox, rempuh halangan, kembara malam, jungle trekking, ikhtiar hidup, sume aku join. Kire lasak jugak la badan aku ni rupa-rupanya.

Aku nak citer pengalaman aku wat flying fox. Wow.. best giler!!! Rasa mcm gayat, tapi on that day, sikit je debaran dalam dada nih. Aku berjaya memanjat tangga yg tegak tu dengan gagah dan perkasa. :D rasa cam nak wat lagi.. Disebabkan itu, aku terus apply untuk jadi urusetia pada setiap kali kursus induksi dijalankan pd masa akan dtg. Tatau la leh dpt ke x. Mintak-mintak leh la dpt. At least terisi sket masa aku. Huhu...

15 Jun 2009, aku amek cuti lagi. Tapi, aku pun tatau cuti apa.. Annual leave ke, cuti tanpa rekod ke, cuti ganti ke.. ntah.. yang penting, cuti. Badan rasa penat sangat-sangat. Nak melangkah pun tak larat. Mcm mana nak drive keta.. :( Sebelah petangnya, aku bersukan. Best gak la sukan ni. Untuk 1st time dlm hidup aku, aku main petanque. Hehe.. Nampak mcm simple, mcm mudah. Tapi, nak wat tu susah. Perlukan daya ketahanan mental yang kuat. Takleh stress.. xleh masam muka, xleh terpedaya dengan ejekan pihak lawan. Bile emosi terganggu, prestasi hancur. Lengoh gak la tangan ni nak baling bola besi tu.. Nak kena kawal daya yang dilepaskan supaya bola tak meleret jauh. Itu yang aku paham setakat semalam aku main. Yang lain, aku lom bape nak paham.

Pagi ni aku sampai opis awal sket sbb aku terbangun awal. Agaknye dah biase bangun awl pagi masa kat induksi tu. Hehe.. Petang aku nk sambung main petanque lagi. Abih la gelap muka aku.. Tapi xpe, gelap pun comey.. Gelap2 pun, ada yang sayang.. kan kan? Sape sayang aku? Angkat tangan!!! :D

AngelMafeya
Dah lama rasanya tak tulis blog. Maklum, aku dalam tempoh tenangkan fikiran. Hehe..ari Khamis 4 hb june ritu aku balek kg. yey..!! jumpa bonda.. beshnyer.. windu bonda sgt. kakak aku yang kat pahang pun ada gak. gomol anak dia yg bongsu.. adeh.. comey sungguh. bile la aku nak ada anak sendiri.. uwaaaa..

Hari Jumaat masih di kg. Manjekan diri dgn tilam and bantal busuk kt kg... hehe. Makan masakan bonda. Adeh.. sedapnye. Mudah-mudahan berkat doa kalian, bonda bule masak untuk raya nanti. Raya tak lama lagi nih..

Sebut pasal raya, bonda da suruh tempah baju. Ngee.. Malas la.. Aku tak pk sgt tentang persiapan raya. Bukan nak balek umah mertua pun.. Kihkih.. Hari isnin aku masih dalam annual leave. So, aku sampai umah ari Isnin. beshnye cuti lama. Besh jugak sebab ada orang temankan aku bercuti. Rasa diri sgt dihargai dan disayangi.. Ewahh..

Esok (Selasa) aku kena ikuti kursus induksi. Ni sambil-sambil sediakan barang-barang untuk kursus. Enam hari tu. Mau gelap muka aku kang.. Huhu.. Aku da dapat kekuatan untuk pergi induksi ni. Aku akan buktikan aku boleh buat walau payah macam mana sekali pun. Huhu.. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali..