AngelMafeya
Terima kasih atas perhatian yang kamu berikan. Sungguh, aku terharu. Terima kasih kerana hadir di saat aku memerlukan. Terima kasih kerana menyelamatkan aku dari terus terjatuh kerana kekecewaan. Aku bersyukur kerana Dia hadirkan kamu dalam hidupku walaupun aku tak tahu sejauh mana adanya 'kita'. Tapi, sungguh aku bersyukur atas kurniaan-Nya.

Kamu, berusahalah sekeras hati untuk mencapai apa yang kamu inginkan. Seperti yang telah aku katakan, kadang-kadang kite perlu bersifat kejam untuk membela diri kita. Kehidupan kita, hanya kita yang rasa pahit getirnya. Bangkitlah.. Aku ada untuk menyokong dan membantu apa yang perlu. Saat kamu perlukan nasihat, aku ada. Saat kamu perlukan pandangan, aku ada. Saat kamu perlukan perhatian, aku juga ada. Usah terus memaksa hati. Fikirkan diri kamu. Fikirkan kehendak kamu kerana hidup hanya sekali.

Andai dunia dan kehidupan tidak bersikap adil pada kamu, hanya kamu yang boleh membelanya. Hanya kamu yang boleh memberi keadilan itu. Jangan risau, percaya dengan yakin apa yang kamu lakukan, pasti ada hikmah yang menanti sepertimana yang telah aku lalui. Kuatkan diri kamu ye. Sesungguhnya, akulah insan paling gembira andai kamu berjaya membela diri kamu kerana aku sayang kamu. Ingat kata ku, your happiness is my priority..
0 Responses

Post a Comment