AngelMafeya
Adeh.. Hari ni, 22 Jun 2009 usia aku meningkat lagi. Tua dah.. Seketika aku termenung, memikirkan apa yang telah aku lalui selama waktu ini. Berapa byk amal yang telah aku buat? Berapa kali aku sakitkan hati bonda, bersediakah aku menghadapi kematian yang semakin hampir dr setahun lalu.. Huhu.. Insaf insaf..

Sampai bile harus aku begini sedangkan usia semakin meningkat. Bonda dah mula bersuara tentang mencari pasangan hidup. Adeh.. Lomah den bilo bonda masuk campur. Tapi, belom lagi untuk aku menyahut cabaran bonda. Ada ke bonda bg masa 3 bulan nak carik bopren? Ingat cam nak beli manggis ke? Hehe.. Bonda.. bonda. Bonda lakukan itu pun sebab kasihnye padaku. Takpe la bonda, kalo ada serunya, ada lah tu.. Aku cuma harapkan restu bonda.

Minggu lepas, aku berjumpa seorang kenalan. Takde la lama kenal dia. Kira baru la jugak. Tapi, dah mula mesra. Aku senang bersembang dengannya. Banyak idea dan petua yang diberinya pada aku. Yang paling best, dia suka memberi komen tentang diriku. Katanya, aku tamak. Tamak dalam meraih kasih sayang. Huhu.. Aku tamak? Aku plak tak rasa begitu. Kalo aku tamak, aku takkan lalui kehidupan segetir ini. Kalo aku tamak, aku takkan kecewa begini. Kalo aku tamak, aku dah tak fikir tentang orang lain kerana semuanye untuk aku, untuk kepuasan aku. Disebabkan aku tak tamaklah, aku ditinggal pergi. Huhu.. Kecik ati bile orang kata aku tamak. Tapi, aku tak salahkah dia. Itu pandangan dia pada aku. Aku terima dengan hati terbuka. Pandangan orang lain lain kan?

Dari malam tadi, tepon ni tak henti2 dilanda sms wishing me a happy birthday. Mekasih pada yang menghantar. Mekasih juga pada yang tak sempat hantar. Aku tahu kalian pun bz. Doakan aku sukses dalam hidup aku. Doakan aku berjaya capai apa yang aku impikan. Ada plak yang bertanya tentang birthday present tahun ni. Hehe.. Ntah. Aku cuma perlukan kasih sayang yang ikhlas sebab hidup aku di usia begini mudah rasa sunyi dan kosong. Tapi, kalo ada yang nak bg adiah pun ok je. Bunga bole.. Teddy bear bole.. Lanje mkn bole.. Umah banglo pun bule.. Hehe.. Untuk encik-encik terlibat, jadikan sy join unit encik secara tetap pun merupakan satu adiah jugak.. Ngeh ngeh..

Kayla.. rini ada student intake kat kolej aku. So, aku kena bertugas nih. Emm.. untuk kamu, tengs 4 everything. Love u..
0 Responses

Post a Comment