AngelMafeya
Assalamualaikum..

Haha.. hari ni dpt msg dr sorg kawan keje dulu. Dia kata, dia tgh baca blog aku ni.. Dia minta aku menulis semula.. Aku mintak alamat web blog aku ni dr dia.. (punyela lama x bukak.. x update..). Dah dpt alamat web, then berpikir plak cmne nk login.. Haha.. dengan bantuan Mr. Google, dptlah aku login semula..

Tengok-tengok, last aku post tawon 2009.. lama tu... Time single dulu.. La ni dh double.. kuikui.. tentu banyak kisah nk dicoretkan.. Tgklah dulu cmne.. Kalo rajin, aku menaip la semula.. kalo x rajin, korang baca je la tahun 2009 punye citer tu.. wakakakaak...

Bagi aku masa utk berpikir ek.. Dalam kepala ni, byk kisah tauladan nk dicoretkan.. apa-apa pun, tgklah sehari dua ni nnti. Kalo ada,adalah.. kalo xde, tu tanda M.A.L.A.S..... hahahah

Bubai...
AngelMafeya
adeh.. blog x sesuai utk kite bercerita? ok fine.. tamat sudah zaman aku menulis blog. x payah nk luahkan rasa lagi kat sesapa or kat mana2. sekian, terima kasih.
AngelMafeya
Bila Papa dah ada Mama, x mungkin Adik perlu dalam keluarga ini. Kan? Papa dah cukup bahagia dengan Mama. Ada pula anak penyeri rumah, aku rasa, Adik boleh pergi.

Kiriman sms itu benar2 wat aku sedih.. Bahagianye hidup mereka. Rasa diri ini sgt kerdil.
AngelMafeya
Benci? Satu perasaan yang aku cuba elakkan untuk semua orang terutama org2 yang aku sayang. Tapi, kadang-kala mereka inilah yang cuba mencari sebab untuk aku timbulkan rasa benci tu pada mereka. Antara tanda-tanda aku mula membenci orang:

1. bile berbual, aku elakkan dari melihat mukanya. melihat anak mata apatah lagi. aku akan larikan pandangan ku ke tempat lain. pendek kata, tengok lubang jamban pun aku sanggup dari tengok muka dia.

2. aku takkan ambil tau langsung tentang dia. mana dia nak pergi, dah balek keje ke belom, dah makan ke belom, sihat ke x.. takde satu pun yang aku akan tanye tentang dia. lantak pi..

3. bile reply msg, aku akan taip seringkas mungkin dan yang pasti, aku takkan bertanye satu soklan pun padanya.

4. aku akan mencipta seribu satu alasan untuk tidak membuat sebarang aktiviti jika dia ada sama.

5. aku tidak akan lagi bercerita atau mengada sebarang mslh aku padanya.lebih baik aku pendam sendiri asalkan tidak bercerita pada org yang aku benci.

So, andai katalah wujudnya tanda-tanda ini pada kalian, mintak la maaf cpt kat aku ataupun aku takkan ampunkan kalian.Baik segera bertindak sebelum Tuhan menjemputku..
AngelMafeya
Aku benci penipu.. Benci sangat-sangat. Tak suka!!! Dan takde maaf untuk orang yang menipu aku..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AngelMafeya
Seawal 7.00 pagi, aku da smpai kat perkarangan kompleks ***** untuk acara konvo student-student kolej aku. Ini 1st time experien aku terlibat ngan konvo. So far, majlis berjalan lancar. Cuma dicacatkan di awal pembukaan majlis, dimana para graduan dah salah masuk lorong. Sib bek dapat kaber oleh petugas-petugas yang berpengalaman.

Aku pakai baju kaler biru (baru beli semalam ngan kekasih hati. untuk makluman, dia yang pilihkan. hehe) So, aku mmg berpuas hati la dengan penampilan aku tadi. :D

Majlis tamat kol 12.00 tghari. Tapi, aku berubah kerja plak (membantu AJK Jubah) yang kalut dengan jubah-jubahnya. Aku tolong mana yang patut (bukan tugas aku pun sebenarnya) tapi, aku hepi wat keje tu, so, no prob at all.

Tolong mana yang patut, then aku berangkat pulang kol 3.00 lebey. Penat ooo.. sakit pinggang angkat jubah. Takpelah.. aku hepi. Tapi, sedey sket sbb ada student aku nak amek gambo sama, tp dia x jumpe carik aku. Kesian dia.. Sori eh..
AngelMafeya
Hehe.. topik best kan? Kali ni ditujukan khas untuk mulut-mulut longkang yang jadik pencuri, membaca blog aku.. Korang tau sape korang.. Haha... Macam la aku tatau..

Untuk kalian, sesungguhnya, demi Tuhan yang Esa, aku takkan ampunkan walau sedikit dosa kalian pada aku, mengumpat, mengata dan menjaja cerita-cerita buruk tentang aku melainkan kalian datang pada aku, memohon maaf, mengaku dengan sejujurnya bahawa memang kalian lah mulut-mulut longkang itu. Memohon maaf ketika nak raya, aku tak kira. Aku nak kalian datang personally memohon maaf dari aku. Aku tak kira, itu hak aku untuk tidak memaafkan kalian. Ingat beb, dunia sementara. Sok kat akhirat, kalian tidak akan mencium pun bau syurga hingga aku ampunkan kalian. Ingat tu.. dosa mengumpat nak mengaibkan orang terlalu besar, ibarat makan daging saudara sendiri. Kalian tentu lebih arif sebab kalian kan jauh lebih tua dari aku. Ibarat budak-budak shuffle sekarang kata 'dah nak mampos dah..'. keh keh..

Aku pedulik apa, kalian tua ke muda, jauh ke dekat. Kalo yang jauh tu, kalo perlu naik flight, sila berbuat demikian sebelum aku dijemput Tuhan. Kalo tak sempat jumpa aku, gerenti, kat akhirat sok kite jumpe..

Ingat tau kalian, wahai si mulut longkang..