AngelMafeya
Hujan lebat plak pagi ni (30 Mei 2009), sama lebat cam air mata aku yg kuar. Pagi-pagi lagi da nanges, mana tidak, aku sendiri lagi. Aku dan dia hanya kawan biase (seperti yang dia pinta). Ok fine.. Aku takkan merayu dan aku takkan memohon. Andai itu yang dia mahu, aku redha.

Terlalu banyak persoalan yang timbul. Kenapa perlu menabur janji andai untuk dimungkiri? Kenapa perlu memberi harapan andai untuk dihancurkan? Kenapa perlu mula andai untuk diakhirkan? Kenapa perlu memberi andai untuk dilupakan? Adakah cinta dan sayang akan hadir sendiri tanpa perlu usaha? Cukupkah hanya dengan memohon pada-Nya tanpa disusuli dengan cubaan dan ikhtiar? Hmm.. aku tak paham. Kali ni aku gagal lagi. Entah bape kali aku nak gagal, aku pun tak tahu..

Kenapa aku ditemukan dengan ramai lelaki-lelaki durjana yang hanya hadir untuk menyusahkan dan meninggalkan kesan luka dalam hati ni? Tak ada ke lelaki charming diluar sana yang tahu hargai hati seorang wanita dn sudi mendekati diriku? Jahatkah aku hingga selalu sangat kecundang begini?

Tuhan, sekali lagi aku pasrah dengan ketentuan-Mu. Memang pahit, tapi ku telan juga. Memang perit, tapi ku gagahi juga untuk melangkah. Dulu, dia hadir dan dia mengajar aku berlari. Tapi sekarang? Perlahan-lahan aku bangun semula, cuba untuk bertatih.Bukan mudah untuk aku ubati luka yang berdarah kembali.

Ikut perancangan, hari ni aku nak balek kampung. Nak jumpa bonda. Rindu bonda. Tapi, bile ini berlaku tak mungkin aku nak jumpa bonda dalam keadaan macam ni. Aku taknak bonda berduka tengok aku. Biar aku je yang menangis takpe, janji bukan bonda. Tak elok untuk kesihatan bonda.

Tak adil.. Dia tiap-tiap ari jumpa mak dia sebab dia dok ngan family. Aku nak jumpa sesekali pun payah. Jadi pulak hal macam ni, langsung tak jadik balik. Next week je la.. Aku amek cuti panjang.

Ya Allah, tabahkan hatiku dengan ujian-Mu. Berikan aku kekuatan dan kesabaran. Kurniakan aku ketenangan dan kedamaian..
0 Responses

Post a Comment