AngelMafeya
Aku baru balik dari bertugas (ewah.. macam gerak khas pulak). Ngeh ngeh.. Malam ni rasa sedey la. Rasa kosong. Rasa macam hari ini tak lengkap. Rasa tak sedap hati. Rasa kurang sesuatu. Rasa seribu satu macam rasa dalam jiwa ni..

Aku rasa kamu lain hari ini. Tak banyak yang kite bicarakan, berbanding semalam. Semalam adalah hari yang penuh rasa bahagia buat kita. Tapi hari ini? Kenapa hambar? Sehari suntuk aku tak mendengar gelak tawa kamu. Sehari suntuk aku tidak melihat senyuman di wajah kamu. Sehari suntuk aku tidak bertemu kamu!!! Huhu.. Aku kehilangan kamu..

Akan wujudkah perpisahan antara kita? Aku tak sanggup hadapi sekali perpisahan itu andai ia berlaku. Aku tak nak. Izinkan aku selamanya dihatimu. Izinkan aku selamanya disisimu. Izinkan aku selamanya dijiwamu. Kamu harus kuat untuk berjuang ke arah itu. Kamu mesti tabah untuk menjemputku biar apa pun yang akan kita lalui. Usahalah sehabis daya. Ikhtiarlah dengan diiringi doa.

Aku tak mahu perpisahan terjadi. Tak dapat aku bayangkan andai aku kehilangan kamu. Akan kecewa lah hidup aku sekali lagi. Tapi, aku bukan punya kuasa apa-apa untuk melawan takdir-Nya. Hidup perlu diteruskan walau segetir manapun ujian, walau dengan linangan air mata darah sekalipun.

Tuhan, permudahkan segala urusan kami. Kekalkan kami hingga ke syurga ciptaan-Mu. Tabahkan hati kami dengan segala ujian-Mu. Iringi kami dengan rahmat dan nur-Mu. Berikan kami kekuatan untuk hidup bersama.

Sesungguhnya, aku memang ikhlas dengan kamu. Ikhlas menerima seadanya kamu. Ikhlas berkongsi suka duka bersama kamu. Aku harap kamu juga begitu. Selitkan sepotong doa untuk kita di akhir sujudmu.
0 Responses

Post a Comment