AngelMafeya
Perpisahan selepas pertemuan itu lumrah. Tapi, sejauh mana akan wujud pertemuan setelah berlaku perpisahan? Hanya Allah yang tentukan semua. Oleh sebab itu, kita kena mohon pada-Nya agar pertemuan demi pertemuan menyusul walaupun kita telah berpisah jauh dalam satu tempoh masa yang lama. Tapi, dah tentu itu untuk orang-orang yang kita sayangi dan harapkan untuk wujudnya pertemuan. Bagaimana kalau orang tu orang yang kita tak suka, benci, menyampah? Dah tentu kite xnak jumpa dia lagi kan? Tapi kan, selalu yang kite tak nak jumpa tu lah yang selalu kite jumpa balek.. Huhu..

Tentang perpisahan yang sengaja dirancang macam mana pulak? Contoh: perceraian dalam ikatan pernikahan. Tegarkah suami memutuskan ikatan pernikahan itu? Redhakah isteri menggalas title yang menjadi igauan ngeri kaum hawa? Bersediakan keluarga menerima cemuhan dari masyarakat keliling? Hmm.. hanya pasangan itu saja yang tahu buruk baiknya perpisahan. Biarkan apa masyarakat akan berkata. Abaikan segala jelingan dan sindiran sinis orang lain. Hidup kita, kita yang tentukan berpegangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Andai itu yang terbaik untuk kita, maka semua pihak kena redha. Yakinlah, andai Allah tak beri kita yang baik, maka akan ada yang lebih baik untuk kita di kemudian hari asalkan kita sentiasa redha dan sabar.

Jangan bermuram durja dengan segala kesusahan dan keperihan yang kita lalui. Pasti ada yang nasibnya lebih buruk dari kita. Sekurang-kurangnya, syukurlah bahawa kita masih lagi boleh membaca blog yang yang aku sisipkan ni. Syukurlah bahawa kita masih lagi boleh menghirup udara segar setiap kali bangun dari tidur. Syukurlah juga bahawa kita masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan amal yang telah kita tangguhkan semalam. Hargailah setiap detik yang kita lalui hari ni kerana detik ini takkan berulang lagi walaupun untuk 1000 tahun lagi. Hargai setiap denyutan nadi yang kita ada kerana andai ia terhenti, segala keindahan dunia tidak mungkin lagi kita nikmati. Yang penting, hargai diri kita sendiri kerana takkan ada orang lain yang boleh hargai diri ini kecuali kita sendiri. Lakukan apa saja yang boleh menggembirakan kita asalkan ia tidak melanggar larangan-Nya. Tanggapan orang? Itu nombor dua oke.. Hehe..
AngelMafeya
23 dan 24 Mei 2009 aku lalui dengan sabar. Dua hari tu aku dok umah saje dengan hanya menonton DVD sebagai aktiviti aku. Eh jap.. ada gak kemas-kemas umah, vakum carpet, kemas bilik, basuh bilik air, basuh baju dan yang paling tak biasa aku lakukan; masak..!! Hahaha... Aku masak? Kalau bonda tau, mesti bonda wat sujud syukur.. Ngeh ngeh..

Banyak dvd yang aku tengok. Jap.. aku try listkan; My Bestfriend's Girl, Friends With Money, Ocean 13 (ni aku da tengok dulu), Taken (kelmarin je aku tgk 3 kali.. best giler), Confession of a Shopaholic, Failure to Launch... Banyak jugak ek? Ngeh ngeh.. Tu la yang aku tengok time weekend. Bosan giler nak bagi weekend ni berlalu, takde aktiviti menarik. Kalau dulu, weekend la yang aku tunggu-tunggu (dulu la time ada bopren.. sekarang ni aku pun tatau ada bopren ke tak.. huhu...)

Hari Sabtu, bonda call. Bonda kata, aku dapat surat jemputan kawen; 6 hb Jun. Wah.. ramai betui kawan aku nak kawen. Aku doakan kalian bahagia and kekal hingga ke syurga. Sebut pasal kawen, ex-bopren aku time skolah dulu yang baru kawen awal bulan Mei dulu terus hilang kisah. Hepi giler la tuh. Ritu aku tengok gambar-gambar wedding derang kat fs. Wahhh.. you guys look so hepi. I'm hepi for you both.. Really.. Sincere from the bottom of my heart. Friend, you must take care of her kay.. Untuk Hatta and Sam, congrates again.. :D

Hari ni aku cuba siapkan modul yang dah tertangguh lama. Huhu.. Harap-harap modul tu siap; dengan syarat emosi aku tak terganggu.. Ngee.. Kayla.. Cau..
AngelMafeya
Adeh.. Jam menunjukkan kol 3.30 pm. Aku baru ada masa nak tulis blog. Huhu.. Hari ni aku whole day bz giler. Dengan org sewa dewan, meeting DDC, tgk student exam, wat call promosi.. Adeh.. Macam-macam. Sampai sekarang aku lom lunch. Tadi bekfes pun pisang je seketui.. huhu..

Aku nak citer pasal malam td... Tengs to you again. Terharu aku dengan apa yg kau lakukan. Aku pun tatau camne dia boleh plak nak anta aku p klinik. Telinga aku sakit. Ada sedikit pendarahan. Dua-dua belah plak tu, tetiba lepas isyak semalam, aku dpt msg dr dia, soh aku siap, dia nak bawak aku p klinik. Adeh.. Mana dia tau nih? Aku pun tatau.. Aku takmo susahkan dia. Kesian dia, dahla penat keje... pastu gi gym. Malam nak anta aku p klinik plak. Kan ke itu menyusahkan? Nyesal plak betau dia telinga aku sakit petang semalam.. Sori awak.. xde niat nk susahkan awak..

Sampai kat klinik, orang bule tahan ramai gak. Aku pun menunggu dengan penuh sabar. Dia dah menguap tanda mengantok. Adeh, bertambah rasa bersalah aku kat dia. Tapi, aku sabar gak tunggu sebab kalo x cek, aku takut melarat. Sekarang ni pun balancing badan aku dah kurang. Selalu pening and dizzy.. Time drive la yang aku risau. Kepala aku mmg tak fokus. Huhu.. Mata pun kadang-kadang blurrrrrrr....

Tak tahu nak cakap how i appreciate wat he did last nite. Huhu.. sangat terharu.. Tengs again awk. Maaf kalo susahkan awk.. (cet.. cam la dia baca blog nih.. wakakakakak)...
AngelMafeya
Huhu.. semalam aku jaga exam.. Mangai penat giler. Nak tercabut kaki aku rasanye.. 2 jam setengah x duduk.. huhu.. selesai jaga exam, aku terus kemas-kemas nak balek. Semalam cuaca panas sungguh. Time tu la kepala aku pening. Sakit beno.. huhu.. Makan panadol sebijik..

Balek keje, aku terus p makan ngn hosmet aku. Time makan tu pun kepala pening. Hukhuk.. Pas makan, aku makan panadol lagi.. Huhu.. Sakit kepala sangat. Nak emak urut.. Windu urutan mak. Sape nk pinjamkan mak dia jap? Hukhuk..

Kat rumah, aku x wat keje apa pun. Modul training yang perlu aku wat pun aku x usik. Tak larat. Kepala ni berdenyut.. sebelah kanan je plak tuh. Rasa sangat tak selesa. Dalam kol 11 lebey, aku makan panadol lagi.. tak lama pastu, terus tdo..

Pagi tadi bangun, kepala masih sakit. Rasa sangat tak larat nak drive sbb pandangan aku goyang. Memang tak fokus. Tapi, disebabkan xde alternatif lain, aku drive gak slow-slow. Takkan la aku nak susahkan dia lagi.. Asek nak tumpang dia g opis je. Malu. Lagipun, lepas keje biasanye dia pegi gym. So, aku taknak ganggu aktiviti rutin dia. So, I have to drive myself to the office. Selawat panjang dalam keta dengan harapan aku selamat sampai ke opis. Huhu.. Sampai je opis, aku kena uruskan dewan. Banyak benda perlu diurus. Adeh..

Pagi ni lepas makan kuih, aku makan panadol lagi. Huhu.. berdenyutnye kepala.. Dahla cuaca panas. Dah banyak dah aku minum air mineral. Tapi, xde kureng pun lagi.. Uwaa... nak emak... Sekarang baru kol 12.00, lama lagi nak balek.. Rasa cam nk rehat je kat umah. Baring, tdo.. mesti baek nanti pening nih.
AngelMafeya
Adeh.. Pagi ni bangun lutut rasa ketat gak. Uwaa.. Nak bengkok xleh, nk tegak pun xleh.. Hukhuk.. kena minum anlene nih, bg tulang sihat dan kuat. Haha.. Rini datang opis lagi 2 minit kol 8. Hehe.. Bangun lambat daaa... Malam td layan DVD sampai kol 2.00am..

Ptg ni kena susun meja coz dewan ada orang nak sewa sok. Pergh.. perpeluh-peluh makcik. Lutut injured pun ku teruskan jua berjuang mengemas dewan. Haha.. Yang kemas dewan cuma 5 orang. Yang len ampeh.. huhu.. Wakakakakaaka.. 2 dewan tu beb nk kena kemas. Dalam keinjuredan aku tetap mengemas. Cayalah... aku memang power..

Selesai mengemas, aku tgk suar yang aku pakai tu, masyaAllah.. Kotor giler. Cam balek menoreh. Haha.. tgn plak lengoh2.. Huhu.. Tolong urut meh.. Ngee.. Perot lapo.. Tgk jam, da kol 4.30.. x sempat nk makan nih. Balek keje je la makan.. Hukhuk.. Lapooo..

Kayla.. Malas nak taip lg. Sok la aku sambung. Harap-harap ada citer menarik yang aku boleh kongsikan.. Bubai...
AngelMafeya
Cerita pagi ni aku mulakan dengan apa yang berlaku semalam, kelmarin dan sepanjang minggu ni. Minggu ni minggu yang agak mencabar bagi aku. Mencabar mental dan fizikal. Sepanjang minggu hingga semalam, kepala aku rasa sengal. Drive pun cam tak fokus. Dah berapa kali baby aku nak tercium keta depan. Huhu.. Macam tak nampak derang brek. Huhu.. Hari tu lagi la giler, aku da rasa cam nak jadik sardin, kena himpit ngan dua biji bas. Sib bek aku leh elak lagi. Kalo tak, bertambah penghuni HSA.. Uwaaa.. Mintak dijauhkan.

Satu malam, aku muhasabah diri. Mencari apa salahku, mencari apa punca berlaku semua ini dan aku mohon pada-Nya untuk diberi ilham bagi aku menyelesaikan segala kekusutan fikiran ni. Pagi esoknya, Allah makbulkan doaku. Aku diberi idea untuk menjelaskan segala yang kabur, menghuraikan segala yang kusut. Alhamdulillah..

Aku terus memulakan 'mission' ku setelah mengenalpasti apa punca tekanan emosi yang aku hadapi - aku rindu dia..!!! Huhu.. tu je puncanya. So, aku mulakan dengan step pertama, tulis surat. Macam gaya retro ek siap main tulis-tulis surat lagi.. Tapi, bukan tulis pun sebenarnya, taip surat... Hehe.. Then, step kedua, aku tentukan lokasi dia. Setakat ni, semua berjalan lancar. Step ketiga menyusul, hantar surat tu by hand; but not my hand. Ngeee.. Aku mintak tolong housemate aku hantarkan. Tengkiu beb, jasamu ku kenang.

Surat yang diberi tu mengandungi kata dua yang perlu dia tentukan. Aku nak dia yang wat keputusan sebab aku dah penat menanti. Sori eh.., i have to do this. Kata dua nya, datang jumpa aku andai dia serius dan tak perlu jengok muka kalo hanya untuk suka-suka. So, aku menanti detik itu dengan penuh debaran. Naluri ku mengatakan yang dia tak akan datang berdasarkan sikap dia akhir-akhir ni. Tapi, apa yang aku harapkan, dia akan datang jumpa aku.

Dipendekkan cerita, aku sampai di tempat yang aku janjikan dah lewat setengah jam sebab ada urusan lain yang di luar capaian akal fikiran aku. Tengok-tengok, kereta dia dah ada. Dia dah tunggu aku dulu.. Bagai nak luruh jantung. Sebab apa yang berlaku diluar jangkaan aku.. Tengkiu.. tengkiu so much.. Dan malam tadi kitorang berbicara panjang, meluahkan isi hati masing-masing tentang apa yang telah berlaku dan merancang apa yang mungkin akan berlaku. Kalian doakanlah yang terbaik.

Aku dan dia cuma merancang tapi Allah yang tentukan.. He's a good man. Tapi, andai dia bukan yang terbaik untukku, aku redha. Dalam hati ni, cuma ada dia. Dan bukan cara aku untuk mencari orang lain sebab cuma ada satu tempat kosong je dalam ni.. Doakan kami ye.. ;)
AngelMafeya
Jam pukul 4.16 ptg, 12 Mei 2009. Letih.. Hari ni aku wat apa ek kat opis.. Emm, jadik s/u; reply surat. Jadik receptionist, jawab call dari En. Rahim. Jadik penyanyi (nyanyi sendiri je la.. hiburkan hati). Ngeh ngeh.. Hari ni gak aku update skin blog aku. Cantek kan? Hehe..

Camni la.. pasal apa yg berlaku ni, aku akan pandang dr sudut sepositif mungkin. Dengarnye mungkin cam bodoh, tp pada aku setiap manusia itu unik dan x sama. So, mungkin dari berpandangan positif camni, leh wat aku hepi. Tapi, walau apapun, aku tahu semua pasti ada hikmah.

Student aku mula final 20 hb Mei ni. Korang doakan la derang lulus. Kalo x, sok aku yang kena menjawab dgn KE. Huhu.. xmo.. Kepala aku pening sket petang ni. Agaknye, dari pagi tadi x henti2 surf tenet. :D

Ala.. mengantok plak. Bab ni yg aku malas ni. Kenapa la xmo ngantok awl2 td. Ni da nak balek, br nk ngantok. Bukan apa, nanti nk drive. Aku kalo drive time ngantok, aku rasa mabuk. Ngee.. Alamak!! TKE nak jumpe aku skrg.. Adeh.. Lupa da janji semalam. Okla.. gtg geng.. Salam..