AngelMafeya
Ari ni datang opis cam biase. Sampai opis, aku terus tengok papan kenyataan, nama senarai peserta ke induksi dah ditampal. Cek punye cek, tengok nama aku takde.. Yesss!!!! Bestnye.. baru la rasa semangat nak bercuti weekend nih. Yey yey!!!
Kol 10.00 am ada meeting course aku, nak wat kurikulum baru, diploma baru. Cett.. Diploma multimedia??? Sah sah aku yg kena ajo byk subjek. Aku dulu budak multimedia, so tidak syak lagi.. Uwaaa... Empat subjek aku kena wat silibus. Ceh.. Amek kesempatan tol.. Tengah-tengah meeting tu, aku dapat call. HQ call dan menanyakan saiz t-shirt aku. Saiz t-shirt? Nak watpe? Rupa-rupanye, nama aku tercicir drpd peserta yang kena p induksi!!!! Whattt???? So, aku mmg kena pegi la nih? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Takde selera nak makan bile terkenang induksi. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Nak nanges je rasa... Uwaaaaaaaaaaa... Emakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!
Pengalaman korang berkursus induksi? Meh la share ngan aku.. Dengar citer ada flying fox?? Hukhuk... Tak suka!! Gayat!!!!!
AngelMafeya
Untuk kamu..
Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu
Dalam hidupmu
Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Menyintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku
Ku ingin kau tahu
Diriku disini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
AngelMafeya
Jam dah pukul 4.30 petang.. Baru aku perasan, aku lom sarapan pun. Perot tak lapar. Tak rasa nak makan pun. Agaknye da kenyang minum air mata. Huhu.. Sampai sekarang air mata ni x henti-henti keluar. Uwaaa... bile nak habis???
Tak guna mengungkap sayang andai hati ini kau lukakan. Tak guna melimpah madu andai secalit hempedu kau berikan. Kejam kan? Masa ketawa, bersama. Masa menangis, aku sendiri. Masa nilah aku harapkan kawan-kawan datang membantu. Bagi kata-kata semangat dan bukan umpat keji yang menikam.
Aku tertarik nak buka semula inbox tepon aku. Tengok balek msg2 yg dia bg.. Banyak ungkapan 'sayang awak..' yang tertulis. Sayang ke kalau wat mcm ni? Sayang ke kalo sanggup biar air mata ni kuar tanpa henti? Sayang ke kalau biar aku sendiri?
Hingga saat terakhir, aku dah buktikan betapa aku sayagkan dia. Bukankah kalau kite sayangkan org yg kite sayang, kite sanggup buat apa saja termasuklah lepaskan dia pergi andai itu yang dia mahu.. Nah! Aku dah buktikan. Pergilah.. Aku tak halang. Dan aku tak harap dia pulang..
Aku tak pernah membenci dan takkan membenci pun sebab dia pernah bahagiakan aku walaupun hanya untuk sekelip mata..
AngelMafeya
Hujan lebat plak pagi ni (30 Mei 2009), sama lebat cam air mata aku yg kuar. Pagi-pagi lagi da nanges, mana tidak, aku sendiri lagi. Aku dan dia hanya kawan biase (seperti yang dia pinta). Ok fine.. Aku takkan merayu dan aku takkan memohon. Andai itu yang dia mahu, aku redha.
Terlalu banyak persoalan yang timbul. Kenapa perlu menabur janji andai untuk dimungkiri? Kenapa perlu memberi harapan andai untuk dihancurkan? Kenapa perlu mula andai untuk diakhirkan? Kenapa perlu memberi andai untuk dilupakan? Adakah cinta dan sayang akan hadir sendiri tanpa perlu usaha? Cukupkah hanya dengan memohon pada-Nya tanpa disusuli dengan cubaan dan ikhtiar? Hmm.. aku tak paham. Kali ni aku gagal lagi. Entah bape kali aku nak gagal, aku pun tak tahu..
Kenapa aku ditemukan dengan ramai lelaki-lelaki durjana yang hanya hadir untuk menyusahkan dan meninggalkan kesan luka dalam hati ni? Tak ada ke lelaki charming diluar sana yang tahu hargai hati seorang wanita dn sudi mendekati diriku? Jahatkah aku hingga selalu sangat kecundang begini?
Tuhan, sekali lagi aku pasrah dengan ketentuan-Mu. Memang pahit, tapi ku telan juga. Memang perit, tapi ku gagahi juga untuk melangkah. Dulu, dia hadir dan dia mengajar aku berlari. Tapi sekarang? Perlahan-lahan aku bangun semula, cuba untuk bertatih.Bukan mudah untuk aku ubati luka yang berdarah kembali.
Ikut perancangan, hari ni aku nak balek kampung. Nak jumpa bonda. Rindu bonda. Tapi, bile ini berlaku tak mungkin aku nak jumpa bonda dalam keadaan macam ni. Aku taknak bonda berduka tengok aku. Biar aku je yang menangis takpe, janji bukan bonda. Tak elok untuk kesihatan bonda.
Tak adil.. Dia tiap-tiap ari jumpa mak dia sebab dia dok ngan family. Aku nak jumpa sesekali pun payah. Jadi pulak hal macam ni, langsung tak jadik balik. Next week je la.. Aku amek cuti panjang.
Ya Allah, tabahkan hatiku dengan ujian-Mu. Berikan aku kekuatan dan kesabaran. Kurniakan aku ketenangan dan kedamaian..
AngelMafeya
Hmmm... pagi ni sesi meluahkan perasaan terbuku dalam dada nih. Huhu.. Dah bape hari dok tahan. Hangin je rasa.. Semalam tengahari, aku makan cekodok pisang je. Maklum, student da cuti, kafe tak bukak. Koperasi xde jual nasi berlauk. So, aku makan cekodok je la..
Balik dari keje, aku tak gi makan sebab nak tunggu dia ajak aku kuar. Dia cakap ari Rabu ritu, nak kuar ngan aku semalam. So, semalam pun aku tunggu la.. Tapi ampeh. Tunggu punya tunggu, serupa cam tunggu bulan jatuh ke riba. Dia x muncul-muncul dan sekali lagi, aku kena kelentong. Haha.. cian aku nih. So, aku pun tak makan. Malas.. tetiba rasa kenyang. Housemate aku punye la risau, siap belikan makanan dan minuman utk aku. Tapi, aku xmo makan. Selera takde.
Kalau macam ni la gayanya, baik takyah datang jumpe aku 13 hb Mei ritu. Baik takyah tunjuk muka pun. Kan? Hehe.. Tapi takpelah, dari kejadian malam tadi wat aku sedar. Tak perlu bagi kasih pada orang yang tak tahu hargai. Baek la aku kasihkan anak-anak kucing kat umah aku tu, si Mayo and Okid. :D
Let past be past and let bygone be bygone. Im so tired for all this. 29 Mei 2009 menjanjikan aku yang baru. Aku nak wat apa saja yang leh wat aku hepi and aku nak abaikan sesapa atau apa saja yang wat aku sakit ati. Pekakkan telinga tentang apa orang nak kata. Hidup aku, aku yang tentukan. Cara tak? Ngeh ngeh.
Jap lagi aku nak pi satu tempat yang aku harap aku leh join derang keje. Aku nak sangat keje kat situ sebab orang-orang kat sana wat aku sangat hepi. Hehe.. Encik.. bile ni nak amek saya jd PA? Keh keh..
AngelMafeya
Yey yey yey.. Yey yey yey yey.. Akhirnye.. modul aku siap jugak.. Haha.. Walaupun ari ni aku ngantok giler sbb malam td tdo lambat. Tdo kol 2 tuh.. Dok melepak kat mekdi smpai pagi.. :D aku habiskan jugak wat modul.. Cuma lom final tacap je lagi.. Syukur syukur.. Rasa lega.. hehe.. Rasa cam nk pi ngulor je sekarang... Keh keh.. alasan tak agak...
Lepas ni, da takde keje lagi nk wat. Mesti makin borink datang opis time student cuti nih.. Hmmm.. Tapi, seb bek aku ada berokben, leh surf tenet. Time cuti cenggini, kolej aku off kan tenet. Huhu.. Pastu, soh staff dtg keje.. Apa nk wat? Makan, tdo n men gem.. Kadang2 ada gak yg tgk movie.. Hehe..
Adeh.. lapo.. jom makan.. :D
AngelMafeya
Pagi ni sampai ke opis, aku terus amek borang cuti. Nak amek cuti lama sket. Nak tenangkan fikiran aku yang dah mula kusut masai nih walaupun aku sebenarnya tak duduk kat Masai pun. Huhu.. Tengah-tengah isi form, aku pun jeling kalender untuk tetapkan tarikh aku nak cuti. Jeling punya jeling, dah nak masuk bulan Jun rupanye. Kejap je 2009 ni dah abis setengah tahun. Masa berlalu pantas.
Jap lagi dalam kol 10.00, kolej nak bantuan aku untuk jadi panel pada student praktikal tentang multimedia. Hehe.. Siap la nanti bebudak tu aku komen sekor-sekor. Kehkeh. Bile lagi nak wat mcm lecturer aku hentam aku time aku present Final Year Project. Sib bek dapat A.. Thanks doc!!
Hari ni aku nak sambung wat modul. Tarikh untuk submit makin dekat. Takpe, sikit je lagi siaplah tu. Bukan susah pun. Hehe.. Dah memang keja aku minat, banyak camne pun, letih camne pun aku menten cool jerk.. Keh keh..