Tekak sakit, hidung selsema, kepala pening. Adakah ini tanda2 H1N1? Huhu.. Tidakkk... Rasa nk cuti je.. Huhu... Selsema ni yang tak tahan. Bikin badan lesu. Ditambah pulak ngan kecewa berchenta. Lagi la haru. Huhu.. Hehe..
Tekak sakit, hidung selsema, kepala pening. Adakah ini tanda2 H1N1? Huhu.. Tidakkk... Rasa nk cuti je.. Huhu... Selsema ni yang tak tahan. Bikin badan lesu. Ditambah pulak ngan kecewa berchenta. Lagi la haru. Huhu.. Hehe..
Sekarang ni aku mmg bz giler wat video utk farewell my boss. Hehe.. Nampak cam senang, tapi rumit sebenarnya. Banyak bahan nak disediakan. Nasib baik ada kawan-kawan tolong. Tengs to u guys. U are most appreciate. Ngee..
Sejak dari kelmarin aku rasa x sedap badan. Rasa demam, selsema and sangat letih. Kalo la ada org nk urut badan aku ni, kan best.. Letih fizikal, bole lagi aku tahan. Tapi bile mental aku turut menderita, tu yang aku tak tahan. Terus demam.. Sakit oo penangan mental nih. Tak tertanggung rasa dek badan. Siyes, aku x sihat ni banyak faktor. Bukan sebab letih di opis, tapi lebih kepada deraan emosi yang tidak terkawal.
Jun lalu, bezday aku. Ada dapat satu hadiah dari kamu. Sangat bahagia rasanye bila hadiah itu kamu serahkan dengan ikhlas. Julai menjelma. Sayangnye, hadiah itu kamu tarik balek tanpa relaku. Dahlah aku memang dapat satu je hadiah tahun ni, kena tarik balek pulak.. Sadis sungguh nasib aku. Haha.. Kesian, kan?
Saat ni, xde sape pun tahu aku sedang bersedih. Sedih sebab segalanye berlaku dengan sangat pantas. Sedih sebab aku 'kehilangan' kamu. Walauapapun, aku cuba juga utk senyum sebab senyum itu penawar kedukaan. Dan aku cuba sibukkan diri aku dengan tugasan pejabat. Aku selalu menanti kehadiran kamu. Aku selalu berdoa untuk aku dan kamu. Dalam doaku, andai kamu bukan yang terbaik utkku, jauhkan aku dan dirimu. Tapi, keadaan selalu berlaku sebaliknya. Makin aku doa utk berjauhan denganmu, makin dekat kamu padaku. Aku konpius dengan apa yang Allah cuba tunjukkan. Tapi, aku sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui segalanya.
Kawan-kawan, doakan aku tabah menempuh kekecewaan ini lagi. Doakan semua yang terbaik untukku. Semoga ada sinar cinta yang ikhlas suatu hari nanti. Moga esok kan ku temui sinaran cinta suci...
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu
Chorus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu
Bonda.. rindu bonda sangat. Next week nak balik jumpa bonda. Dah berhari-hari bonda call, tanye bile nak balik.. Nanti la bonda. Next week Insyaalah balik... Nanti kite sembang panjang ok bonda.
Eh jap. Bonda ni asek soh balek je ni, ada makna ka? Jangan bonda saje wat surprise sudah la.. Huhu
Bila pertemuan bertukar menjadi perpisahan, hati yang girang menjadi sayu. Bila detik itu semakin menghampiri, maka menitislah air mata syahdu. Bila tangisan mengiringi perpisahan itulah tandanya hati kasih dan sayang. Bila kau melambai tanganmu pada ku, ku sambut kembali dengan lambaian lalu hati terdetik dan berkata, Semoga kitakan bertemu lagi. Dan bila ku rindu padamu, ku ingati semula detik dan kenangan kita melayari perhubungan ini maka terukirlah kembali senyuman di bibirku.
Senyuman yang sentiasa terukir di wajahmu itu adalah tulus dan ikhlas. Senyuman yang terukir itu akan sentiasa aku ingati. Senyuman itu sentiasa mendekatkan aku denganmu. Senyuman itulah yang sering aku ingini pada setiap pertemuan kita. Senyuman itu juga sering membuatkan aku merindui dirimu. Dan disebalik senyuman itu ku berdoa semoga perhubungan kita akan sentiasa berkekalan.
Ku lewati jalan ini sekali lagi. Ku ingati semula detik ketika kita melaluinya bersama suatu ketika dulu. Ku rindukan saat ketika kita bersama melayari perhubungan yang suci ini. Ku iringkan doaku buatmu agar kau sentiasa dilindungi Ilahi. Dan ku bawa kenangan itu pergi bersama ku agar ianya tetap terpahat abadi didalam hatiku.
Hanya senyuman dapat ku ukirkan. Mesranya tatkala dua wajah bersatu. Dalam persimpangan dua pertemuan. Kau dan aku. Hanya renungan membicarakan rasa hati. Dan hanya renunganku merenung kau pergi. Sukar dimengertikan. Aku masih menantikan kepulanganmu di sisiku satu hari nanti. Aku sayang padamu.
Sayang, setiap pertemuan pasti wujud perpisahan tapi apakah setiap perpisahan itu akan wujud semula sebuah pertemuan?
Pernahkah...
Saat kita memerlukan seseorang
Ada yang datang menghampiri seraya tersenyum?
Pernahkah...
Saat kita terjatuh dalam jurang kecemasan
Ada yang datang menghampiri seraya mengulurkan tangan?
Pernahkah...
Saat kita menangis
Ada yang datang sambil menyeka airmata di pipi kita?
Pernahkah...
Saat kita tertawa
Ada yang datang sambil membawakan lawak yang lucu?
Pernahkah...
Saat kita sedih
Ada yang datang dan sesegera memeluk diri kita dengan hangat?
Pernahkah...
Saat kita gembira
Ada yang datang dan ikut merasakan kesenangan kita?
Jika kita tidak pernah merasakan hal itu
Cubalah untuk menjadi orang yang pertama tersenyum
Orang yang pertama menghulurkan tangan
Orang yang pertama mengusap airmata
Orang yang pertama melawak
Orang yang pertama memberikan pelukan hangat
Orang yang pertama merasakan perasaan senang
Kerana
Orang pertama inilah yang akan menjadi sangat bererti
p/s: aku rindu kamu
Aku, insan yang tak layak mengecap bahagia. Baru ingin tersenyum gembira, perpisahan yang kamu pinta. Apa salah aku? Apa silap aku? Kenapa ini berlaku?
Hati diruntun pilu.. Sayu yang maha hebat. Bentuklah kembali rasa sayang ini.. Kite dah dewasa. Bawa berbincang andai aku yang tak tahu menilai kamu.. Beri ruang pada hati kita kerana aku tahu, kasih sayangmu masih kukuh untuk ku..
Aku KECEWA lagi...

